• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Tambah Taska Bantu Wanita Keluar Bekerja

oleh
04/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Usaha kerajaan untuk menambah bilangan taman asuhan kanak-kanak (taska) di tempat kerja dilihat dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang kedua-duanya bekerja.

J. Sujatha, 30 yang bekerja sambilan, berkata langkah kerajaan itu juga membolehkan wanita yang sebelum ini berhenti kerja bagi menjaga anak kembali bekerja.

“Bagi saya penyediaan peruntukan taska ini adalah satu tindakan yang bagus kerana kebanyakan wanita tidak bekerja disebabkan tiada yang menjaga anak-anak.

“Keadaan (ekonomi) sekarang (sangat memerlukan) kedua-dua ibu bapa mesti bekerja, jadi dengan adanya peruntukan ini golongan wanita boleh keluar bekerja,” katanya kepada Bernama yang melakukan tinjauan rambang di sekitar bandar raya ini, hari ini.

Dalam pembentang Belanjawan 2019, Jumaat lepas, kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk mewujudkan 50 taska lagi di bangunan kerajaan bagi kemudahan ibu yang bekerja.

Bagi suri rumah sepenuh masa, Siti Aisyah Sulaiman, bantuan untuk wanita tidak bekerja sepertinya dapat membantu menampung perbelanjaannya.

“Kalau kerajaan bagi bantuan saya bersyukur. Kalau tiada pun tidak apa,” katanya.

Sementara itu, Nur Hafizah Mohd Sya, 43 pula berkata pemberian Bantuan Sara Hidup untuk golongan B40 harus diteruskan bagi membantu golongan tersebut.

Katanya sekalipun tidak banyak, bantuan itu masih mampu memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah. – BERNAMA

Tags: taska
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Malaysia Diseru Beri Sumbangan Kepada Rakyat Yaman

Next Post

Pentaksiran Murid Tahun 1, 2, 3 Tumpu Perkembangan Pelajaran

Related Posts

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

Next Post

Pentaksiran Murid Tahun 1, 2, 3 Tumpu Perkembangan Pelajaran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd