• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undang-Undang Cubaan Bunuh Diri Perlu Dikaji Semula

oleh
25/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan mengkaji semula undang-undang sedia ada di bawah Kanun Keseksaan agar individu yang cuba membunuh diri tidak dianggap melakukan suatu jenayah.

Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata individu yang cuba membunuh diri bukan penjenayah, sebaliknya menderitai penyakit mental seperti kemurungan.

“Kerajaan perlu menimbang secara serius untuk memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan (yang menganggap membunuh diri adalah suatu jenayah) kerana mereka yang cuba membunuh diri akibat sakit mental perlu diberi rawatan psikiatri dan pemulihan.

“Menyifatkan orang yang mengalami kemurungan atau mengalami sakit mental sebagai penjenayah adalah perbuatan tidak berperikemanusian, tidak terfikir oleh akal dan dan tidak boleh diterima,” kata Lee, yang juga anggota Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, kerajaan dan syarikat insurans perlu memainkan peranan masing-masing dengan memastikan insurans perubatan turut meliputi kecelaruan psiakitri.

Lee turut menyarankan agar lebih banyak hadangan dipasang bagi mencegah individu terjun dari bangunan dan binaan itu perlu dipertimbang untuk dijadikan sebahagian daripada ciri baharu dalam reka bentuk sesuatu struktur.

Menurut laporan, seorang lelaki mengancam untuk terjun dari tingkat enam sebuah kompleks beli-belah di sini semalam, tetapi berjaya dipujuk supaya tidak berbuat demikian. – BERNAMA

Tags: Lee Lam Thye
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Ambil Keterangan Azwanddin Dan Ragvinder

Next Post

Tersalah Beli Ikan Selayang Antara Punca Perceraian Di Terengganu

Related Posts

Serah Senarai Kabinet Kepada SPRM, Polis Langkah Tepat

09/03/2020
0

SHAH ALAM - Inisiatif Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan senarai anggota Kabinet untuk tapisan Polis Diraja Malaysia (Polis)...

Segera Naikkan Gaji PDRM

11/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Cadangan dan pelaksanaan bagi menambah baik gaji, logistik dan keperluan anggota polis terutama yang berpangkat rendah perlu...

Next Post

Tersalah Beli Ikan Selayang Antara Punca Perceraian Di Terengganu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd