• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Lancar Jentera PRK Rantau

oleh Ahmad Albab
06/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Walaupun mahkamah belum membuat keputusan terhadap petisyen pembatalan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, UMNO hari ini melancarkan jentera pilihan raya sebagai persediaan awal.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata jentera itu ditubuhkan bagi melancarkan gerak kerja parti di peringkat akar umbi untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Walaupun setakat ini belum ada keputusan terhadap petisyen itu, tetapi kita bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

“Memandangkan rata-rata yang hadir pada hari ini adalah akar umbi parti dari Rembau, jadi pelancaran jentera amat sesuai dilakukan hari ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Bersama Pemimpin UMNO di Rantau di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Terdahulu, Ahmad Zahid ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, beliau akan turun padang bersama-sama akar umbi UMNO sekiranya PRK Rantau diadakan.

“Saya akan berkampung di Rantau bagi membantu Tok Mat (Mohamad) mempertahankan kerusi DUN Rantau.

“Saya yakin kelahiran semula UMNO akan bermula di negeri ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, pembentangan Belanjawan Alternatif Pembangkang 2019 akan dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan Kabinet Bayangan BN, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Sementara itu, Mohamad ketika ditemui, berkata beliau menjangkakan keputusan petisyen PRK itu akan diputuskan pada minggu hadapan.

“Kita bukan tidak yakin atau mahu mendahului keputusan mahkamah, kalau tiada PRK syukur Alhamdulillah. Tetapi jentera ini akan digerakkan untuk kita bangkitkan semula UMNO,” katanya.

Pada 23 Mei lalu, calon PKR bagi PRU-14, Dr S Streram mengemukakan petisyen supaya satu PRK diadakan serta-merta kerana mendakwa penyandangnya tidak dipilih secara sah dan terbatal.

Dalam petisyennya, Dr Streram menamakan Mohamad sebagai responden pertama; Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen Rembau, Amino Agus (reponden kedua) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (responden ketiga). – BH ONLINE

Tags: PRK RantauUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd