• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Mesti Bersatu Hadapi Ancaman Terhadap Agama

oleh Haris
19/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam mencadangkan kerjasama lebih rapat antara parti Melayu UMNO dan PAS dalam menghadapi gerakan yang mengancam kedudukan Islam dan Melayu.

Bercakap di program perhimpunan pertubuhan-pertubuhan Melayu di Pasik Salak, Zahid mencadangkan satu bentuk penyatuan antara dua parti ini, sambil menyatakan kesediaannya memimpin gabungan baharu ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak memutuskan hubungan dengan DAP telah menunjukkan keazaman dalam merealisasikan kerjasama antara dua parti Melayu ini.

Petanda kesediaan kerjasama Melayu ini semakin hari semakin dirasakan kepentingannya, melihat sikap agresif dan provokatif kerajaan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP.

Satu langkah positif yang diteruskan sejak di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini ialah kesatuan suara melibatkan isu-isu umat Islam di dalam dan luar negara.

Usaha ini diteruskan dengan himpunan bersama membantah rancangan meratifikasi konvensyen yang bertujuan menghapuskan segala bentuk perbezaan atau ICERD, yang akan menghapuskan kedudukan Islam dan Melayu dalam perlembagaan.

Di bawah Najib, UMNO dan PAS beberapa kali menunjukkan kerjasama dalam memperjuangkan isu umat seperti menyatakan protes terhadap kekejaman di Myanmar terhadap Rohingya dan pengiktirafan Baitul Maqdis sebagai ibu negara haram Israel.

Isu dalam negara pula, UMNO dan PAS berganding bahu memimpin perhimpunan menyokong rang undang-undang untuk memperkasa mahkamah syariah, atau RUU 355.

Semua ini membuktikan garis pemisah antara kedua-dua parti semakin kabur dan kepentingan semakin selari.

Banyak peristiwa sejak PH membentuk kerajaan menunjukkan bukan sahaja keistimewaan, tetapi hak-hak orang Islam juga semakin dicabar dan dipersoalkan.

Pendedahan video bekas pemimpin ekstremis Hindu, P. Waytha Moorthy memburukkan dengan melampau kerajaan diterajui orang Islam di Malaysia membuktikan pendirian sebenar orang bukan Islam yang kini sudah berkuasa dalam politik.

Pada masa yang sama, tindakan pihak bukan Islam mempersoalkan amalan khatan kanak-kanak perempuan yang sudah lama diamalkan tanpa masalah tambah membuktikan ada rancangan yang sedang dilaksanakan oleh mereka.

Amalan agama orang Islam tiba-tiba menjadi barbarik dan bersalahan dengan standard kemanusiaan menurut tafsiran mereka, dan ajaran Islam secara automatik menjadi salah.

Perkembangan di bawah kerajaan PH ini hanya di peringkat permulaan dan tidak akan terhenti selagi mereka mampu melaksanakannya.

Bagi umat Islam, tidak ada pilihan lain selain mengetepikan politik sempit dan memberi tumpuan pada kerjasama umat menghadapi ancaman pihak musuh Islam. – Mynewshub.tv

Tags: Datuk Seri Abdul Hadi AwangDatuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiPASUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jho Low Setuju Serah Semua Aset Kepada DoJ

Next Post

DAP Enggan Ulas ICERD

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post

DAP Enggan Ulas ICERD

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd