• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Ancam Tembak Pendatang Baling Batu

oleh Ahmad Albab
02/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa askar yang ditempatkan di sempadan Mexico dibenarkan menembak pendatang Amerika Tengah yang membaling batu ke arah mereka ketika cuba menyeberang secara haram.

Trump memberitahu wartawan di Rumah Putih bahawa sekumpulan beberapa ribu pendatang cuba berjalan kaki dari Amerika Tengah menerusi Mexico membaling batu secara ganas ke arah polis Mexico.

“Kami tidak akan bersabar. Mereka mahu membaling batu ke arah tentera kami, tentera akan membalas.

“Saya beritahu mereka supaya menganggap batu seperti raifal.

“Apabila mereka membaling batu seperti dibuat kepada tentera dan polis Mexico, saya katakan anggap ia seperti raifal,” katanya.

Trump bercakap ketika pembentangan dasar kontroversi menghapuskan apa yang dikatakannya kemasukan pendatang tanpa izin tidak terkawal.

Beliau menegaskan lagi retorik itu setiap hari menjelang pilihan raya pertengahan Kongres Selasa ini, menuduh Democrat mahu membuka sempadan kepada ‘orang kasar’, ‘perogol’ dan beberapa jenis ancaman lain.

Fokus terkini dakwaan Trump untuk bertindak terhadap ‘pencerobohan’ adalah mengurangkan kumpulan ribuan pendatang miskin yang cuba ke utara.

Mereka kini berada di Mexico, walaupun masih jauh dari sempadan Amerik Syarikat.

Trump berkata, bermula serangan AS aan menghentikan dasarnya membenarkan pihak yang mendakwa memperoleh suaka politik di sempadan kecuali mereka pergi ke pos sempadan rasmi terlebih dahulu. — AFP/BH ONLINE

Tags: pendatang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Pendatang Indonesia Sembunyi Dalam Ladang Sawit Ditahan

60 Pendatang Indonesia Sembunyi Dalam Ladang Sawit Ditahan

28/12/2023
0

BAGAN DATUK: Seramai 60 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan ketika bersembunyi di ladang sawit di Bagan Sungai...

India Patut Malu Dengan Malaysia – Hadi

25/12/2019
0

KUALA LUMPUR - India sepatutnya malu dengan Malaysia dan negara Islam lain yang menerima pendatang dari negara itu sebagai rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd