• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tong Gas Berterabur Selepas Lori Langgar Treler

oleh
07/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Puluhan tong gas bertaburan di atas jalan raya selepas lori yang membawa muatan tersebut melanggar belakang sebuah treler di KM20 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata kemalangan yang dilaporkan pada 11.30 pagi itu turut mengakibatkan pemandu lori dan treler berkenaan mengalami kecederaan ringan.

“Punca kejadian dipercayai disebabkan kecuaian pemandu lori jenis Isuzu berkenaan yang dipercayai gagal mengawal kenderaannya sehingga melanggar belakang treler tersebut,” katanya yang dihubungi hari ini.

Ashmon berkata kejadian berkenaan bagaimanapun sedang disiasat lanjut mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penawar Penguasa Bomba Kanan II Abd Rahim Abdul Rani berkata sebuah jentera bersama empat anggota bomba ke lokasi kejadian bagi membantu menyelamat.

“Pada mulanya bomba dimaklumkan bahawa pemandu lori itu tersepit di dalam kenderaannya, namun, sejurus tiba kita (bomba) dapati dia sudah keluar sendiri dari kenderaan itu dan hanya cedera di bibir,” katanya ketika dihubungi.​​​​​​​

Beliau berkata pihaknya membantu mengalihkan tong gas berkenaan dan operasi terbabit selesai pada 12.05 tengahari.

Katanya beliau difahamkan pemandu lori itu dibawa ke klinik oleh seorang rakannya untuk rawatan. – BERNAMA

Tags: kemalangantong gas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd