• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak ICERD Tidak Perlu Dibawa Ke Parlimen – Mujahid

oleh Ahmad Albab
24/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Keputusan Kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) tidak perlu dibawa ke Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata persoalan membawa keputusan itu ke Parlimen tidak seharusnya dibangkitkan kerana ia (keputusan tersebut) telah dipersetujui pada mesyuarat kabinet semalam dan kenyataan mengenainya turut dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

“Tempat yang terbaik bagi kerajaan buat keputusan adalah di mesyuarat kabinet, jadi tidak timbul isu ini dibawa ke Parlimen. Dulu mereka (pembangkang) minta agar kerajaan buat keputusan mengenai isu ICERD dan sekarang mereka pula persoalkan perkara ini.

“Apa sebenarnya yang mereka inginkan, adakah mereka sengaja heret perkara ini untuk dijadikan sebagai isu politik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN), di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari juga Pengerusi AMANAH Melaka dan Ketua AWAN, Dr Siti Mariah Mahmud.

Semalam, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata bahawa keputusan kerajaan itu tidak mengikut formaliti pentadbiran yang menurutnya perlu dibawa ke Parlimen.

Dalam pada itu, Adly menasihatkan rakyat negeri ini agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan pihak tertentu yang cuba ‘menangguk di air keroh’ dengan menggunakan isu sensitif seperti ICERD.

Beliau berkata walau apapun isu yang berbangkit rakyat perlu faham bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu diutamakan.

Adly berkata beliau yakin kerajaan membuat keputusan tidak meratifikasi ICERD setelah mengambil kira semua aspek demi kesejahteraan rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Ditanya tentang tindakan pihak tertentu untuk meneruskan bantahan ICERD di negeri ini malam ini, Adly berkata itu terpulang kepada mereka.

UMNO dan PAS Melaka serta badan bukan kerajaan merancang menganjurkan himpunan membantah ICERD pada pukul 8 malam ini dan akan berarak dari Masjid Kampung Hulu ke Dataran Pusat Transformasi Bandar di sini. – BERNAMA

Tags: ICERD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd