• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Tandatangan ICERD

oleh Cj Mnh
09/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KODIANG – Tiada keperluan untuk negara menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Ini kerana ia tidak bersesuaian dengan situasi ‘unik’ di negara ini, kata Mukhriz, yang juga menteri besar Kedah.

“…dan kalau kita faham bahawa tujuan ICERD ialah untuk memberi kesamarataan bagi masyarakat minoriti. Tapi dalam negara kita ini, kita mempunyai satu keadaan yang agak unik, (di mana) pihak agak terpinggir daripada arus pembangunan perdana adalah masyarakat majoriti, jadi tak sama dengan asas wujudnya ICERD itu.

“Jadi kita tidak perlulah nak meminjam satu dasar dari negara asing yang tidak mengambil kira persekitaran yang wujud dalam negara kita,” katanya selepas menyerahkan bantuan kepada 110 pelajar sekitar parlimen Jerlun yang layak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Sehubungan itu beliau berharap agar kerajaan menilai sedalam-dalamnya perkara itu bagi mengelak daripada melanggar perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan selama ini.

Pada Rabu lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum meratifikasi ICERD dan mengakui ia bukan perkara mudah memandangkan Malaysia merupakan negara dengan penduduk berbilang kaum masing-masing dengan kepentingan tertentu. – BERNAMA

Tags: ICERDkeperluan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd