• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Protes ICERD: Mahfuz Gesa Buat Kenduri Sahaja

oleh
25/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH — Tiada keperluan untuk meneruskan demontrasi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) yang dirancang di Dataran Merdeka, pada 8 Dis nanti.

Naib Pengerusi Amanah Datuk Mahfuz Omar berkata rancangan UMNO untuk mengadakan demonstrasi ICERD yang disokong PAS itu hanya untuk mempolitikkan isu berkenaan.

“Ia bertujuan untuk menghalang kebanjiran sokongan orang-orang Melayu Islam ini beralih kepada parti Amanah seterusnya kepada Pakatan Harapan.

“Mereka mengharapkan seolah-olah orang Melayu dan Islam yang beri sokongan kepada Amanah dan PH pada pilihan raya umum lepas berganjak balik kepada mereka dengan isu-isu membawa kepada kemarahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan konvensyen tahunan kali ketiga parti Amanah negeri Perak 2018 di sini hari ini.

Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia menyifatkan demonstrasi yang akan diadakan itu seperti satu bentuk penganiayaan yang membebankan kepada kedua-dua parti itu.

“Apabila keputusan kerajaan muktamad untuk tidak meratifikasikan ICERD, jadi tiada keperluan mereka buat begini dengan menghabiskan duit tambang bas, meninggalkan kerja dan keluarga dan sebagainya.

“Saya boleh bersetuju kalu demonstrasi itu ada hala tuju, ini tiada. Majlis kesyukuran? Bukan perlu mengadakan satu demonstrasi yang besar yang nak dikerahkan kepada satu tempat di Dataran Merdeka,” katanya.

Pada Jumaat lepas, dalam satu kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri berkata kerajaan PH tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.

Terdahulu, Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi ketika berucap berkata parti Amanah yang kini sebahagian daripada kerajaan perlu memainkan peranan sebagai sebuah parti yang mempunyai kebijaksanaan dalam konsep perkongsian kuasa membawa gagasan parti sewaktu awal penubuhannya.

“Inilah cabaran kita untuk sesi yang baru iaitu ‘memenuhi harapan rakyat’. Kita sudah lima bulan menjadi parti memerintah di peringkat negeri dan juga nasional.

“Suatu pencapaian yang tidak terjangkau akal kita semua. Kerajaan kita tubuhkan lebih mulia jika keluh rakyat didengari. Jangan angkuh pada musuh politik dan sombong sesama rakan taulan,” katanya.

Pada konvensyen kali ini, seramai enam bekas anggota PAS telah menyertai Amanah antaranya bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Negeri Perak sesi 2008-2013 Uzair Abd Aziz, bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Bagan Datuk sesi 2003-2011 Kapten (Bersara) EN Mohamad Aris Bakri dan bekas Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Negeri Perak sesi 2017-2019 Muhammad K.Y. Tiang Abdullah. — BERNAMA

Tags: ICERD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd