• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Jawatan Tinggi Kepada Mustapa – Mahathir

oleh Ahmad Albab
10/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada jawatan tertinggi kerajaan yang akan ditawarkan kepada bekas menteri kabinet dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamad selepas pemimpin itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mahathir berkata menjadi dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak menawarkan jawatan bagi tempoh tertentu kepada mana-mana bekas pemimpin UMNO.

“Mereka mesti bersihkan diri daripada amalan kerajaan terdahulu dan (kami) akan melihat tempoh tertentu buat mereka (pegang jawatan),” katanya kepada pemberita selepas majlis beramah mesra dengan pemimpin PH Kelantan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dan Pengerusi PH Kelantan Senator Datuk Husam Musa.

Dr Mahathir juga menjelaskan mana-mana pemimpin dan anggota UMNO yang berhasrat menyertai PH, walaupun pada masa yang sama penyertaan mereka dialu-alukan, tetapi perlu menerima prinsip yang diperjuangkan PH.

Ditanya tentang jumlah royalti petroleum kepada Kelantan, Mahathir berkata beliau masih meneliti perkara itu kerana perlu melihat pelbagai sudut sebelum membuat keputusan.

Menyentuh mengenai nasib nelayan, petani dan pekebun kecil yang bakal terjejas pada musim tengkujuh ini, beliau berkata kerajaan akan mencari kaedah sesuai untuk membantu mereka.

“Pemberian insentif bukan jalan terbaik seperti yang diberikan oleh kerajaan terdahulu kerana kita mahu mereka ada jalan usaha untuk mengatasi masalah itu,” katanya.

Mengenai genap enam bulan kerajaan PH memerintah negara, Dr Mahathir berkata beliau masih belum berpuas hati dengan prestasi kerajaan dan banyak perkara yang perlu diberi perhatian terutama dalam usaha bantu rakyat.

“Kalau tanya saya memanglah tidak berpuas hati lagi tetapi usaha yang kita lakukan telah memperlihatkan rakyat gembira dan ceria terutama dalam usaha membasmi rasuah,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata berdasarkan prestasi keseluruhan anggota kabinet yang dibentuknya, beliau yakin menteri-menteri berkenaan akan sentiasa meningkatkan prestasi daripada semasa ke semasa.

“Saya sentiasa berjumpa dengan mereka dan berbincang mengenai bagaimana mereka boleh menyelesaikan permasalahan dan meningkatkan prestasi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa MohamedTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

16/02/2024
0

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak akan menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd