• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terbuka Hong Kong: Nicol Pulang Awal

oleh Cj Mnh
21/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kempen Nicol David di skuasy Terbuka Hong Kong yang menawarkan hadiah AS$164,500 (RM689,148) berakhir seawal pusingan kedua selepas dikejutkan pemain England, Millie Tomlinson, hari ini.

Bekas pemain nombor satu dunia itu tewas set pertama namun bangkit untuk menang dua set berikutnya tetapi ia tidak mampu menghalang Millie untuk meraih dua set terakhir untuk perlawanan berkesudahan 12-10, 0-11, 8-11, 11-7, 11-6 dalam tempoh 49 minit.

Nicol yang juga juara 11 kali diletakkan sebagai pilihan ke-11 dan diberikan bye pada pusingan pertama.

Tahun lalu, dia tewas di peringkat suku akhir.

Millie yang akan bertemu pemain Perancis, Camille Serme bagi memburu peringkat lapan terbaik gembira dengan kemenangan itu.

“Saya amat gembira dan ia mungkin kemenangan terbesar saya. Tiada apa yang saya kalah, dia adalah legenda dan amat biasa dengan gelanggang ini,” kata Millie kepada PSAworldtour.com.

“Menjadi pemain bukan pilihan sentiasa membantu kerana kamu boleh berada di sana dan menikmatinya, tiada tekanan di bahu saya.”

Ng Eain Yow yang menjadi pemain tunggal negara masih beraksi akan bertemu pilihan ketujuh dari Mesir, Mohamed Abouelghar bagi slot ke suku akhir.

Eain Yow menewaskan pemain England, Ben Coleman dan Joshua Masters masing-masing pada pusingan pertama dan kedua. – BH Online

Tags: Nicol DavidTerbuka Hong Kong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pekerja Asing Dilindungi PERKESO Mulai 1 Januari 2019

Next Post

Air Naik, 9 Keluarga Dipindah Di Pulau Pinang

Related Posts

“Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia” – Nicol

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - "Satu penghormatan, sangat gembira yang tidak terkata. Terima kasih Malaysia, di atas sokongan anda," ungkap Datuk Nicol...

PM Ucap Tahniah Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

02/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David...

Next Post

Air Naik, 9 Keluarga Dipindah Di Pulau Pinang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd