• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Permaisuri Selangor Rasmi Pusat Sehenti Kucing Selangor

oleh
25/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan menyempurnakan perasmian Pusat Sehenti Kucing Selangor sempena hari keempat pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018).

Keberangkatan baginda diiringi oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub dan isterinya, Datin Fatimah Taha.

Baginda menyempurnakan majlis perasmian berkenaan di Dewan Pameran A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini yang turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Medic Pets (M) Sdn Bhd (Medic-Pets) Siti Sofiah Ramli.

Baginda turut berkenan mengunjungi beberapa tapak pameran selepas selesai merasmikan pelancaran majlis itu dan berangkat meninggalkan dewan itu kira-kira pukul 11.30 pagi.

Sementara itu, Siti Sofiah berkata Pusat Sehenti Kucing Selangor akan dibuka sepenuhnya pada Disember ini, di Setia Alam, Selangor dan penubuhan pusat itu bertujuan memberi maklumat kepada pemilik kucing mengenai penjagaan haiwan peliharaan itu dengan kaedah sebetulnya.

“Ia (Pusat Sehenti Kucing Selangor) juga merupakan pusat bagi pemilik atau penggemar kucing mempelajari cara-cara atau teknik-teknik penjagaan serta mendapatkan informasi mengenai penyakit-penyakit haiwan peliharaan itu,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian itu.

Katanya lagi, penubuhan pusat itu dicetuskan oleh para sukarelawan Medic Pets dan ditanggung sepenuhnya oleh Medic Pets Sdn Bhd dengan kerjasama Selangor Youth Community (SYC).

Medic Pets merupakan sebuah syarikat pengeluaran produk bio-herba dan bioteknologi untuk haiwan peliharaan dan telah ditubuhkan pada tahun 2014.

Selain itu, MAHA 2018 bermula pada 22 Nov lalu hingga 2 Dis ini, bertemakan ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’, menampilkan 770 gerai jualan dengan penyertaan 680 pempamer, mesyuarat perniagaan serta forum perniagaan bersama jemputan daripada agensi kerajaan berkaitan.

Sebanyak 501 menu juadah popular dari semua negeri, produk asas tani, buah-buahan dan sayur-sayuran, anak pokok dan bunga-bungaan, ikan dan makanan laut segar turut dijual pada MAHA 2018.

Ekspo pertanian terbesar Malaysia itu turut mempamerkan 13 pavilion negeri dengan menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri yang dapat dinikmati oleh pengunjung. – BERNAMA​​​​​​

Tags: Tengku Permaisuri Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis

Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis

19/09/2025
0

SHAH ALAM: Istana Selangor membuat laporan polis terhadap akaun palsu di TikTok yang menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri...

Sultan Selangor, Permaisuri Berangkat Tunai Haji

Sultan Selangor, Permaisuri Berangkat Tunai Haji

20/06/2023
0

SEPANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji bermula hari ini hingga 4...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd