• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tasha Temu Pakar Akibat Sukar Tidur, Rasa Tak Tenang

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Tasha Shilla mendedahkan dia mengalami masalah kesukaran tidur, sentiasa memikirkan sesuatu yang tidak pasti dan emosi kurang stabil sejak dua tahun lalu.

Tasha atau Natasha Sheila Abdul Razak, 31, berkata setelah berasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya, dia segera mendapatkan rawatan kaunseling dan pakar mendapati dia mengalami kemurungan atau depresi.

“Sebagai manusia biasa kita memang akan berdepan tekanan hidup dan kemurungan, jadi bermula situ saya ambil inisiatif untuk ubah jadi lebih baik, sebab itu saya cari pakar yang boleh merawat.

“Ia bermula apabila saya rasa susah nak tidur sehingga saya tertanya-tanya kenapa ia berlaku? Ketika itu, saya tak tahu lagi kalau ada kemurungan sehinggalah kawan cadangkan saya berjumpa seorang pakar iaitu Couch Fahmi dan akhirnya saya dapat jawapan.

Tasha bersama Couch Fahmi yang membantu menyelesaikan masalah kemurungan dihidapi.

“Kemurungan saya mungkin tidak terlalu teruk tapi selepas bertemu pakar tersebut saya rasa lebih tenang, perasaan lega dan tidur pun tak terganggu lagi,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, pelakon drama Air Mata Syurga ini menyarankan kepada mereka yang mengalami simptom sama untuk bertemu pakar dalam usaha merawat masalah kesihatan itu.

Tambahnya, memendam perasaan hanya akan membuatkan situasi menjadi lebih parah dan pastikan berkongsi masalah dengan orang selayaknya.

“Golongan muda dan remaja yang ada masalah perlu jumpa orang yang betul, kadang-kadang kita tak sedar kita sedang depresi. Jangan pendam perasaan itu.

Tasha turut berkongsi tanda-tanda seseorang mengalami kemurungan.

“Rawatan alternatif yang saya jalani ini memang biasa dilakukan oleh artis Hollywood dan ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kemurungan itu,” katanya.

Bercakap mengenai karier seni, Tasha memberitahu dia kembali aktif sebagai pelakon dan bakal muncul dalam beberapa drama serta telefilem.

“Insya-Allah selepas ini saya akan muncul dalam drama Mimpi Sabrina untuk slot Samarinda TV3 dan telefilem Jangan Takut untuk siaran Astro.

“Saya akan lebih aktif berlakon dan terima kasih atas sokongan semua peminat,” katanya. – mStar Online

Tags: pelakonTasha Shilla
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

May Tak Sabar Balik Ipoh, Bawa XPDC Gegar Stadium

Next Post

Wujud Enakmen Kawal Agama Bukan Islam

Related Posts

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

Pelakon TV Popular AS, Andre Braugher Meninggal Dunia

13/12/2023
0

LOS ANGELES: Pelakon siri televisyen (TV) popular, Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher meninggal dunia pada usia 61 tahun. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Wujud Enakmen Kawal Agama Bukan Islam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd