• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Kesedaran Rakyat Isu Pergigian Masih Rendah

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tahap kesedaran tentang penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan kebanyakannya memandang mudah isu tersebut, kata Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Dr Nomah Taharim.

Beliau berkata berkata sikap mengambil mudah mengenai kepentingan pemeriksaan berkala pergigian boleh mengundang kepada risiko penyakit bahaya seperti ‘periodontal’ atau penyakit gusi.

“Sikap sambil lewa sesetengah individu hanya berjumpa doktor apabila gigi sakit atau sudah longgar perlu diubah agar rawatan awal boleh diambil bagi mengelak daripada risiko penyakit bahaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Pergigian warga Kolej Komuniti ‘Transformation With 1 Smile Together’ (TW1ST) peringkat negeri di Ayer Keroh di sini.

Katanya penyakit gusi boleh diubati sekiranya pesakit mengenal pasti tanda-tanda awal dan menurutnya kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dengan memberikan rawatan dan mempromosikan amalan penjagaan kesihatan gigi yang betul .

“Ada juga yang bertanya… kenapa gigi tak berlubang tetapi berasa ngilu? (Sebenarnya) gusi yang tak sihat lama-lama akan menurun hingga mendedahkan akar gigi seterusnya longgar dan terpaksa dicabut.

“Jika terdapat tanda-tanda awal seperti gusi bengkak dan berdarah (ketika menggosok gigi), segeralah mendapatkan rawatan lanjut bagi mencegah kerosakan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Nomah berkata negara masih belum mencapai sasaran satu doktor gigi untuk 1,500 penduduk dengan nisbahnya ketika ini adalah satu doktor gigi bagi 3,728 penduduk. – BERNAMA

Tags: GIGIkesedaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kem Cerdik Cukai Tingkat Kesedaran Generasi Muda

Kem Cerdik Cukai Tingkat Kesedaran Generasi Muda

16/08/2022
0

Kem Cerdik Cukai yang mula diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada tahun 2011 terbukti berjaya meningkatkan kesedaran...

Gigi Tumbuh Dalam Lubang Hidung

02/03/2019
0

COPENHAGEN - Doktor membuat penemuan mengejutkan terhadap seorang lelaki berusia 59 tahun yang mempunyai masalah pernafasan sejak dua tahun lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd