• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Pecah Masuk Kedai Direman 7 Hari

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Suspek yang ditahan polis dalam kes pecah masuk sebuah kedai runcit di Taman Nusa Bestari 2, Skudai, di sini semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata tahanan reman ke atas lelaki berusia 40an itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan.

“Saya anggap kes ini selesai dengan penangkapan suspek dan kita telah memohon reman selama seminggu bermula hari ini bagi membolehkan pihak kita buat siasatan lanjut.

“Suspek ini turut terlibat dalam banyak kes pecah rumah dan mempunyai kes jenayah lampau,” katanya kepada pemberita selepas Perasmian Sukan Tahunan ke-50 Tahun antara Bench and Bar dan Polis Johor di sini hari ini.

Mohd Khalil turut berkata pihak polis akan bertindak mengikut undang-undang yang tditetapkan dalam usaha mempertahankan diri daripada penjenayah yang mengancam nyawa anggota keselamatan.

“Polis Johor memandang serius kes ini kerana melibatkan cubaan membunuh anggota polis yang melakukan tugasan dan kita akan mempertahankan diri mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada untuk melaksanakan tugas,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.00 pagi semalam, seorang lelaki yang juga seorang suspek kes pecah masuk kedai, mati ditembak polis setelah dia cuba merempuh beberapa anggota polis ketika cuba menggari suspek lain. – BERNAMA

Tags: kes samunreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd