• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Pecah Kedai Mati Ditembak

oleh
15/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki, yang juga seorang daripada dua suspek kes pecah masuk kedai, mati ditembak polis setelah dia cuba merempuh beberapa anggota polis di Taman Nusa Bestari, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata sebelum kejadian tembak pada 2.58 pagi itu, sepasukan polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah, terserempak seorang lelaki mencurigakan di hadapan sebuah kedai di situ.

Polis mengejar suspek berusia dalam lingkungan 40 tahun itu sejauh kira-kira 100 meter sebelum dapat menangkapnya.

Namun, ketika polis hendak menggari lelaki itu, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dipandu seorang lelaki lain dan cuba merempuh beberapa anggota polis itu dari belakang.

“Salah seorang anggota melepaskan satu das tembakan ke arah kereta itu setelah memberi amaran tiga kali.

“Suspek yang memandu kenderaan itu kemudian disahkan meninggal dunia akibat terkena tembakan manakala suspek yang seorang lagi berjaya ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Siasatan mendapati suspek yang ditembak mati itu juga berusia lingkungan 40-an dan adalah orang yang dikehendaki polis manakala suspek yang ditangkap mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Mohd Khalil berkata polis juga merampas beberapa barang kes dari kereta suspek.

Kes disiasat mengikut Sesyen 307 Kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan membunuh yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun; dan mengikut Sesyen 457 KK kerana pecah rumah dan mencuri, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh didenda. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd