• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surat Tarik Larangan Tanda Kelantan Mohon Maaf

oleh
29/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyifatkan pengeluaran surat pekeliling menarik balik larangan memasuki pejabat kerajaan negeri ke atas beberapa individu termasuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Musa sudah dianggap sebagai satu permohonanan maaf daripada kerajaan negeri.

Ahmad berkata permintaan Husam untuk kerajaan negeri memohon maaf secara terbuka sebenarnya sudah jelas terjawab dengan keluarnya surat pekeliling itu.

“Kemaafan sifat yang baik, kita sebagai kerajaan Islam kena minta maaf supaya dapat laksana urusan pentadbiran dengan baik. Saya boleh sahkan memang kita dah keluarkan surat itu melaui setiausaha kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pertunjukkan Kuda Kebangsaan di Royal Kelantan Endurance Stables, Gunong, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Ekuin Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Datuk Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Husam dan beberapa individu termasuk Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah dikenakan sekatan memasuki pejabat kerajaan negeri dan Kompleks Darul Naim sejak Mei lalu bagaimanapun 21 November lepas larangan tersebut telah ditarik balik.

Dalam satu kenyataan semalam Husam meminta kerajaan negeri membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung perkara itu selain menuntut bayaran ganti rugi atas aib yang ditimpakan kepada semua pihak yang disekat.

Ahmad bagaimana pun tidak mengulas berhubung tuntutan bayaran ganti rugi seperti yang diminta Husam itu.

Dalam pada itu Ahmad berkata kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan pertubuhan berkaitan sukan berkuda bagi membina trek lumba kuda di negeri ini.

Katanya, ini kerana aktiviti sukan berkuda mempunyai potensi untuk dikembangkan dengan penyertaan dari kalangan orang muda setiap hujung minggu.

Pertunjukan Kuda Kebangsaan anjuran Majlis Ekuin Malaysia itu julung kali diadakan di Kelantan membabitkan beberapa kategori pertandingan termasuk “dressage”, “show jumping”, “endurance”, “pony race” dan pertandingan juru ladam. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad Yakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JCorp Diminta Kaji Dalam Risiko Projek Terlebih Dahulu

Next Post

Rakam Wanita Mandi, Tukang Masak Didenda

Related Posts

Harap Hubungan Erat Negeri, Persekutuan Terus Terjalin

25/07/2018
0

KOTA BHARU - Kelantan berharap agar hubungan 'kerajaan dengan kerajaan' yang terjalin antara negeri dan Persekutuan terus erat atas semangat...

Kelantan Kekal Tuntut Royalti Lima Peratus

23/05/2018
0

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan kekal dengan tuntutan royalti minyak lima peratus seperti perjanjian yang ditandatanganinya dengan Petronas pada 1975,...

Next Post

Rakam Wanita Mandi, Tukang Masak Didenda

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd