• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Supermodel Popular Cari ‘Hero’ Ketika Tsunami 2004

oleh Cj Mnh
17/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG supermodel Czech popular dilaporkan akan terbang ke Thailand pada Disember untuk mencari lelaki tempatan yang membantunya semasa tsunami 2004 serta seorang bayi perempuan yang dilahirkan semasa bencana itu.

Pembikin filem bebas, Pokchonn Dissayabutra menulis posting di Facebook meminta netizen membantu model tersebut, Petra Nemcova, 39, mencari individu-individu yang dianggap wira olehnya untuk sebuah dokumentari yang menceritakan tentang pengalamannya berdepan bencana paling buruk di Thailand.

Pokchonn, yang mendakwa telah membantu Nemcova dalam beberapa lawatan ke Thailand sejak dua dekad lalu, memberitahu Coconuts Bangkok bahawa sebagai pengurus produksi, dia bertanggungjawab mengesan wira-wira tersebut untuk dokumentari itu.

“Saya tak fikir posting Facebook saya akan jadi berita. Saya hanya perlukan bantuan dari penduduk setempat,” kata Pokchonn.

Pada 26 Disember 2004, Nemcova dan tunangnya, seorang jurugambar fesyen Britain, Simon Atlee, baru sahaja kembali ke resort mereka ketika bercuti Krismas dan mendengar suara jeritan serta melihat orang ramai lintang-pukang, lapor Telegraph.

Ia diikuti gelombang besar di laut dan kuat menghempas pantai, meranapkan bangunan, harta benda dan sekali gus memisahkan pasangan itu.

Itulah kali terakhir Nemcova melihat bakal suaminya, sehingga mayatnya ditemui beberapa minggu kemudian, bersama dengan anggaran 280,000 mangsa lain.

Semasa kejadian, supermodel itu dilaporkan berpaut pada pokok kelapa untuk menyelamatkan diri daripada terkena objek yang dihanyutkan oleh ombak.

Pokchonn dalam postingnya menjelaskan bahawa tulang pelvisnya retak di empat tempat berbeza dan mengalami pendarahan dalaman di perut dan rahimnya.

Keadaan psikologinya tidak baik selepas berjam-jam melihat rumah yang ranap dan mayat terapung.

“Nemcova kini mencari: Lelaki Thai yang melihatnya di pokok kelapa dan meminta bantuan orang ramai untuk membawanya turun selepas air surut, pesakit lelaki di katil hospital bersebelahan dengannya yang menenangkannya dan memberikan loket Buddha ketika dia panik dan seorang bayi perempuan bernama ‘Tsunami’ yang dilahirkan pada hari bencana itu.”

Di mana Tsunami, yang sepatutnya kini berumur 14 tahun dilahirkan tidak dinyatakan.

Menurut laporan, Pokchonn berkata pengalaman ini mengubah Nemcova daripada seorang gadis yang hanya memikirkan diri dan kerjayanya sahaja kepada seorang yang sering menghabiskan masanya untuk membantu orang lain.

Pada tahun 2005, Nemcova mengasaskan Happy Hearts Fund (HHF), organisasi amal dengan misi untuk membina semula dan memperbaharui sekolah yang terjejas oleh bencana alam.

Sejak itu, 208 buah sekolah telah dibina semula di 10 negara termasuk Thailand, Indonesia dan Haiti.

Sejak memuat naik posting di Facebook, Pokchonn berkata dia menerima banyak tip daripada penduduk setempat. Dia kini dalam proses mengesahkan dakwaan mereka. – Mstar

Tags: supemodelTsunami
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

30/07/2025
0

TOKYO: Satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan telah melanda kawasan timur jauh Russia yang jarang didiami awal pagi tadi,...

Gempa Bumi Kuat Di Rusia, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

Gempa Bumi Kuat Di Rusia, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

30/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd