• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Pandu Tren Blue Tiger Hari Ke-2 KMJ

oleh Cj Mnh
27/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan meneruskan perjalanan hari kedua Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2018 dengan memandu kereta api khas lokomotif ‘Blue Tiger’ dari Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kluang, pagi ini.

Perjalanan itu menuju ke Stesen KTMB Segamat sejauh 98 kilometer sebelum baginda meneruskan perjalanan menaiki Morgan ke Padang Awam Batu Anam, untuk bertemu rakyat.

Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.

Sultan Johor turut sempat melakukan tinjauan dan pemeriksaan koc bagi memastikan kelancaran perjalanan sebelum berlepas.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan mencemar duli bersantap bersama 10 kakitangan KTMB Kluang kira-kira 7.50 pagi.

Menurut Jurutera KTMB Nik Mohd Azri Nik Adnan, beliau merasa bertuah dan bangga kerana dapat melihat Sultan Johor secara dekat.

Berkhidmat lebih lima tahun di KTMB, beliau berkata pengalaman itu tidak dapat dilupakannya.

“Tuanku Sultan sempat beramah mesra dan minum air sedikit sebelum bergerak ke koc Blue Tiger. Perasaan bangga sebab bukan senang nak jumpa, memang momen ini sangat berharga,” katanya.

Hari kedua KMJ 2018 menyaksikan perjalanan rombongan yang mendapat perkenan Sultan Ibrahim sebagai ketua rombongan itu sejauh 305 kilometer bermula dari Kluang, Segamat, Tangkak, Muar ke destinasi terakhir di Batu Pahat.

Pelbagai acara disediakan yang dijangka membabitkan penyertaan keluarga dan kerabat Diraja Johor antaranya pameran membuat sajian masyarakat India seperti vadei, tose dan puri.

Selain itu penyampaian sumbangan anak yatim, berkhatan, cukur jambul, tarik tali, bola sepak kain pelekat dan gubahan bunga turut diadakan. – BERNAMA

Tags: kereta apiKMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

21/10/2025
0

BEIJING: Kereta api terpantas di dunia, CR450 memulakan siri ujian pra-perkhidmatan dengan merekodkan kelajuan maksimum 453 km/j, lapor Xinhua. Kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd