• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Subsidi Elektrik Isi Rumah Ditingkat RM40 Ke Bawah

oleh Cj Mnh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meningkatkan kadar subsidi bil elektrik isi rumah daripada RM20 dan ke bawah kepada RM40 dan ke bawah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, katanya selaras dengan dengan hasrat kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, penyaluran subsidi itu hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih.

“Dengan demikian, kerajaan mampu meningkatkan kadar subsidi kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun. Peruntukan sebanyak RM80 juta disediakan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Guan Eng berkata kerajaan juga akan memberikan subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter kepada pihak yang memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah serta motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Semasa membentangkan belanjawan yang bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’, Guan Eng berkata, subsidi itu terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta dan 40 liter bagi motosikal.
Katanya, mekanisme baharu itu dijangka dilaksanakan bermula suku kedua tahun depan dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion.

Menurutnya lagi, mekanisme subsidi itu dijangka dapat memanfaatkan seramai empat juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal.

Bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber di samping membendung ketirisan berikutan perbezaan harga minyak dan penyeludupan rentas sempadan, Lim berkata kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).- BERNAMA

Tags: Isi Rumahsubsidi elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM8 Bilion Subsidi Elektrik, Diesel Diselamatkan – PM

RM8 Bilion Subsidi Elektrik, Diesel Diselamatkan – PM

31/05/2024
0

Penampang : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan ketika ini dan penyelarasan tarif elektrik...

Kaji Semula Subsidi Elektrik Bagi T20

Kaji Semula Subsidi Elektrik Bagi T20

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Pemberian subsidi bagi tarif elektrik buat pengguna domestik kategori T20 perlu dilihat semula pada masa depan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd