• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SRK Berdepan Ancaman Jika Hadiri Hoki Piala Dunia

oleh
23/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Pelakon terkenal Bollywood Shah Rukh Khan mungkin berdepan bantahan apabila menghadiri perasmian Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, Odisha, Rabu ini.

Pelakon tersebut dijangka ke upacara berkenaan selepas diundang oleh Ketua Menteri Odisha Naveen Patnaik namun sebuah kumpulan tempatan membantah kehadiran Khan susulan watak yang dipegangnya dalam filem Ashoka pada 2001.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka “Kalinga Sena” (tentera Kalinga) yang diambil daripada nama kuno Odisha, mendakwa bintang Bollywood tersebut mengguris sentimen rakyat menerusi filem itu yang memaparkan kisah Maharaja Ashoka dan usaha berdarahnya dalam menakluk Kalinga.

“Kami telah bersedia untuk membaling dakwat ke muka pelakon itu serta mengibarkan bendera hitam di tempat-tempat tertentu dari lapangan terbang ke stadium. Aktivis kami akan berada di sepanjang jalan yang mungkin dilalui Khan,” kata Kalinga Sena.

Kejohanan hoki tersebut akan berlangsung dari 28 Nov hingga 16 Dis.

Kejohanan itu disertai Malaysia, Argentina, Australia, Belgium, Kanada, China, England, Perancis, Jerman, India, Ireland, Belanda, New Zealand, Pakistan, Afrika Selatan dan Sepanyol.

Skuad Malayan Tigers yang diundi dalam Kumpulan D akan bertemu juara tiga kali Belanda dalam perlawanan pembukaan pada 1 Dis sebelum menentang juara empat kali Pakistan empat hari kemudian dan juara dua kali Jerman pada 9 Dis.

Malaysia mengintai kedudukan 10 terbaik dalam saingan 16 negara itu selepas menamatkan kempen di tempat terakhir daripada 12 negara pada edisi 2014 di The Hague, Belanda manakala pencapaian terbaiknya ialah di tangga keempat semasa negara menjadi tuan rumah pada 1975. – BERNAMA

Tags: Shah Rukh Khan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Langgar Lari Taman Equine: Penganggur Didakwa Bunuh

Next Post

Ingin Pinjaman RM10,000 Tetapi Rugi Lebih RM8,000

Related Posts

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

23/05/2024
0

NEW DELHI - Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan...

Shah Rukh Khan Ke Penjara Sambut Pembebasan Anak

02/11/2021
0

MUMBAI - Kesesakan trafik luar biasa berlaku di sekitar kawasan Penjara Arthur Road di Mumbai, India hari ini berikutan pembebasan...

Next Post

Ingin Pinjaman RM10,000 Tetapi Rugi Lebih RM8,000

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd