• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPM 2018 Bermula 13 Nov Hingga 13 Disember

oleh
05/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan bermula daripada 13 November hingga 13 Disember ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, seramai 421,706 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu tahun ini di 3,308 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Seramai 33,361 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan,” menurut kementerian itu lagi.

Calon SPM pada tahun ini adalah terdiri daripada calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (86 peratus), calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pendidikan (2.3 peratus), calon Sekolah Menengah Agama Negeri (1.9 peratus), calon Sekolah Menengah Agama Rakyat (0.5 peratus), calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM (3.3 peratus) dan calon persendirian enam peratus.

Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my.

“Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: SPM 2018
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemancing Yang Hilang Ditemui Mati

Next Post

Lebih 30 Maut, Banjir Di Itali

Related Posts

Keputusan SPM 2018 Lebih Baik

14/03/2019
0

PUTRAJAYA - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.89 berbanding...

Next Post

Lebih 30 Maut, Banjir Di Itali

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd