• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOP Pemilihan Atlet Kategori B Diumumkan Pada Januari

oleh Ahmad Albab
18/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menegaskan pemilihan atlet kategori B ke Sukan SEA ke-30 Manila akan lebih ketat berikutan prestasi buruk atlet di bawah kategori itu pada Sukan Asia Indonesia pada Ogos lepas.

Presidennya Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Pengerusi Jawatankuasa Rebiu Bebas, Tan Sri Dr M. Jegathesan yang ditugaskan menilai semula prosedur operasi standard (SOP) akan membentangkan cadangan itu pada Januari ini.

Jawatankuasa Rebiu Bebas itu turut dianggotai bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Mazlan Ahmad dan Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz serta beberapa personaliti sukan tanah air.

“Kita akan memperkasakan proses pemilihan atlet terutamanya dalam kategori B. Berdasarkan pengalaman sebelum ini (Sukan Asia) banyak masalah timbul melibatkan atlet kategori B,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM.

Pada Sukan Asia yang lepas hanya dua daripada 241 atlet kategori B meraih pingat pada temasya edisi ke-18 itu iaitu menerusi Qabil Ambak Mahamad Fathil (perak acara dressage) dan pesilat Kelas C (55-60kg), Hazim Azmad yang meraih gangsa.

Penyertaan dalam kategori A menyaksikan atlet akan diberikan tajaan penuh manakala kos atlet kategori B perlu ditanggung pihak persatuan masing-masing.

Bagaimanapun, perbelanjaan atlet kategori B itu akan dibayar semula sekiranya atlet persatuan sukan berkenaan berjaya meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berat Badan Chong Wei Susut Hampir 5 Kilogram

12/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau amat gembira untuk melihat keadaan...

Pemain Prestasi Hambar Boleh Tinggalkan BAM

26/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemain negara yang tidak berminat dan enggan berusaha keras boleh membuat keputusan keluar daripada skuad kebangsaan, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd