• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Subsidi Harga Padi Naik Kepada RM360

oleh
22/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meningkatkan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) kepada RM360 bagi setiap tan metrik pengeluaran padi mulai tahun depan bagi bantu golongan pesawah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata ia merupakan peningkatan sebanyak RM60 daripada SSHP pada 2016 yang berjumlah RM300 bagi setiap tan metrik.

Selain itu, kerajaan juga akan meningkatkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sebanyak 30 sen sekilogram kepada RM2.50, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beberapa anggota Parlimen termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) ketika membahaskan Belanjawan 2019 sebelum ini menyarankan Lim supaya memberi perhatian kepada nasib golongan nelayan, petani, peladang dan pekebun kecil pada Belanjawan 2019.

Belanjawan pertama kerajaan Pakatan Harapan itu diluluskan Dewan Rakyat di peringkat dasar, hari ini. – BERNAMA

Tags: padi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

Kerajaan Teliti Pelbagai Faktor Berkaitan Mutu Padi

25/09/2018
0

SABAK BERNAM - Kerajaan sedang meneliti semua faktor berkaitan isu pemotongan dan pemutuan padi dengan lebih telus bagi menyantuni rungutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd