• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Proses Arak Tiruan Di Klang Tumpas

oleh Cj Mnh
08/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Polis berjaya mematahkan satu sindiket pemprosesan arak tiruan yang beroperasi di sebuah rumah teres di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata serbuan ke atas premis itu dibuat kira-kira pukul 8.30 malam berdasarkan maklumat dan risikan polis terhadap sekumpulan pekerja kilang warga Myanmar di sekitar kawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan ke atas rumah tersebut, polis telah menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 37 tahun selain merampas 1,560 tin bir dan 144 botol arak tiruan pelbagai jenama termasuk bir jenama Tiger dan Kingfisher dan wiski Avigers, Pelican dan Grand Royal.

“Turut dirampas ialah 3,633 botol kosong, sekotak pelekat arak jenama Grand Royal dan dua buah tong masing-masing berisi minuman keras dan karamel dengan nilai rampasan kesemua barangan dianggarkan berjumlah RM30,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata, ketika serbuan dibuat lelaki Myanmar itu gagal menyerahkan lesen perniagaan minuman keras serta mengaku menjalankan urusan memproses arak tiruan tersebut.

Beliau berkata semasa soal siasat, suspek lelaki itu mengaku bekerja dengan seorang lelaki tempatan yang dipercayai merupakan ketua sindiket terbabit.

“Berdasarkan siasatan, kita mendapati sindiket ini menjual minuman arak tiruan tersebut pada harga sekitar RM5 hingga RM8 dengan kuantiti 350 mililiter kepada penduduk sekitar kawasan tersebut.

“Kita juga sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dipercayai menjadi dalang kepada sindiket pemprosesan arak tiruan ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967,” katanya. – BERNAMA

Tags: arak tiruansindiket
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Pandang Remeh Bayaran Sewa Premis Niaga

Next Post

RUU Sumber Air Negara Sedang Dikaji

Related Posts

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

01/05/2025
0

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kumpulan 'Ah Kit' menerusi serbuan di sekitar...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

Next Post

RUU Sumber Air Negara Sedang Dikaji

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd