• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serang Bomba: Pelaku Akan Dibawa Ke Muka Pengadilan

oleh Cj Mnh
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis akan memburu dan membawa ke muka pengadilan perusuh yang menyerang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat hingga cedera parah dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman dekat Subang Jaya awal pagi Selasa lalu, .

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menggunakan pelbagai cara untuk mengesan perusuh yang terlibat.

Beliau juga menggesa orang awam yang menyaksikan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) jabatan Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang diserang perusuh dalam kejadian itu tampil membantu.

“Polis masih menjalankan siasatan. Kita akan menggunakan khidmat forensik untuk mendapatkan kesan cap jari di pintu kenderaan bomba itu untuk mengesan mereka yang terlibat.

“Kita akan mendapatkan keadilan untuk Muhammad Adib… kita akan mengenalpasti mereka yang mencederakannya dan akan dihadap ke mahkamah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Muhammad Adib, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan ditarik keluar dari kenderaan EMRS selain perusuh telah merosakkan kenderaan FRT dan EMRS milik JBPM. – BERNAMA

Tags: anggota bombaserang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

28/03/2026
0

MARAN – Detik cemas bertukar menjadi kisah keberanian apabila pasukan lori tangki Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bertindak pantas membantu...

5 Lelaki Warga Asing Ditembak Cuba Serang Penguat Kuasa

5 Lelaki Warga Asing Ditembak Cuba Serang Penguat Kuasa

25/01/2025
0

Kuala Langat : Lima lelaki warga asing yang ditembak di perairan Tanjung Rhu, Banting, semalam dilaporkan cuba menyerang pegawai Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd