• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

405 Murid Tahun 1 Di Kuantan Masih Sukar Baca

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 405 murid tahun satu dari 83 sekolah rendah di seluruh daerah ini dikesan menghadapi masalah kesukaran membaca walaupun sesi pembelajaran untuk tahun ini hampir berakhir.

Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan Mohd Razali Mustafar berkata jumlah itu adalah baki daripada 3,677 murid yang didapati tidak mempunyai kemahiran membaca sejak awal mereka mendaftar Januari lepas.

“Jumlah ini diperoleh hasil ujian khas yang dilakukan untuk mengetahui kebolehan mereka dalam kemahiran membaca dan menulis,” katanya selepas Program Baca Cepat Kawanku (BCK) di SK Tanah Putih Baharu di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi.

Menurut Razali, bagi mengatasi masalah ini, pihak PPD Kuantan dengan bantuan Yayasan Pahang mengambil inisiatif menghasilkan modul BCK bagi kegunaan semua sekolah rendah di seluruh daerah Kuantan.

“Terdapat 12 buah buku atau konstruk yang dihasilkan dalam modul ini oleh guru pemulihan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang membabitkan penglibatan 133 guru Bahasa Melayu di semua sekolah rendah di daerah ini.

“Program BCK ini satu kaedah baru untuk melatih murid dan mereka dijamin dapat membaca hanya dengan penggunaan konstruk satu hingga empat sahaja,” katanya.

Beliau berkata melalui kaedah itu, murid dilihat dapat menguasai kemahiran membaca dalam tempoh sebulan hingga tiga bulan dan mereka kemudian menjalani tiga ujian tahap keupayaan membaca yang lazimnya dilakukan iaitu pada April, Julai dan Oktober.

Sementara itu, Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi berkata pihak Yayasan Pahang dengan kerjasama yang dilakukan itu dalam usaha untuk mengurangkan jumlah murid yang tidak tahu membaca walaupun baharu di peringkat sekolah rendah.

“Murid yang masih tidak boleh membaca sehingga akhir tahun pembelajaran, akan menghadapi masalah dalam pembelajaran dan berkemungkinan tinggi akan tercicir, jadi dengan penggunaan modul seperti ini, diharapkan jumlah pelajar yang tidak boleh membaca akan terus berkurangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: membacasukar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Sebagai Negara Membaca Menjelang 2030

13/12/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030, kata Menterinya Dr Maszlee Malik. Beliau berkata kementerian...

Budaya Baca Perlu Untuk Tingkat Taraf Kehidupan

12/01/2017
0

KOTA KINABALU - Budaya membaca dalam kalangan rakyat khususnya di Sabah perlu ditingkatkan untuk menambah baik taraf kehidupan serta agar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd