• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosmah, Tengku Adnan Didakwa Esok

oleh
14/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta dua lagi individu akan didakwa esok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata ia telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara terhadap Rosmah Mansor dan bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor.

SPRM berkata Rosmah dan Rizal akan dituduh berhubung kes membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Mereka berdua akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 2.30 petang esok (15 Nov).

SPRM juga memaklumkan Rosmah telah dipanggil di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 12.00 tengah hari bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut.

Kenderaan Proton Perdana yang membawa Rosmah tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira 11.40 pagi sebelum dilihat meninggalkan kawasan itu kira-kira 2.35 petang.

SPRM dalam kenyataan pada itu juga memaklumkan penahanan Tengku Adnan hari ini berhubung siasatan kes penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada jam 3.25 petang di ibu pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

Ketibaan Tengku Adnan di ibu pejabat SPRM dengan menaiki kereta Toyota Camry hari ini tidak disedari kumpulan pengamal media yang menunggu sejak pagi lagi setelah menjangkakan beliau akan menaiki kenderaan jenis lain.

SPRM berkata Tengku Adnan akan dituduh bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Tan Eng Boon di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2.30 petang esok, setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Tengku Adnan baru-baru ini dilaporkan mengakui SPRM telah memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah milik DBKL semasa beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. – BERNAMA

Tags: Datin Seri Rosmah MansorDatuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

12/12/2025
0

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor...

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR – “Keputusan DNAA semalam untuk suami saya adalah benar-benar satu rahmat daripada ALLAH, yang dimakbulkan melalui doa dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd