• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM314.5 Bilion Peruntukan Untuk Belanjawan 2019

oleh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2019, belanjawan pertama di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, akan memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding peruntukan kira-kira RM290.4 bilion pada 2018.

Ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata daripada jumlah itu, RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan.

“Peruntukan ini tidak termasuk simpanan luar jangka berjumlah RM2 bilion, katanya ketika membentangkan belanjawan sulungnya.

Di bawah peruntukan pembangunan, katanya sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM29.2 bilion yang merangkumi pengangkutan, perdagangan, industri, tenaga dan kemudahan awam dan pertanian.

Sektor sosial akan menerima sejumlah RM15.2 bilion, sektor keselamatan diperuntukkan RM7.1 bilion dan sektor pentadbiran am sebanyak RM3.2 bilion.

Menurut Lim, peruntukan pembangunan menyaksikan peningkatan daripada RM44.9 bilion pada 2017 kepada RM54.9 bilion dan RM54.7 bilion pada 2018 dan 2019 masing-masing.

“Sebab utama yang menyumbang kepada peningkatan ini adalah pengelasan semula apa yang dahulunya digolongkan sebagai peruntukan mengurus, kepada peruntukan pembangunan yang berjumlah RM6.9 bilion pada tahun 2018 dan RM9.7 bilion pada tahun 2019,” katanya.

Lim memberikan contoh pengelasan semula adalah pembayaran kepada Prasarana untuk projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) dan pembayaran kepada Suria Strategic Energy Resources untuk projek saluran paip gas.

Sebelum ini, katanya perbelanjaan tersebut dilabelkan sebagai perbelanjaan mengurus walaupun sebenarnya ia adalah perbelanjaan pembangunan.

“Perbelanjaan lain yang serupa adalah bayaran sewa ataupun bayaran penyelenggaraan untuk pembinaan bangunan PDRM (Polis DiRaja Malaysia) dan pengubahsuaian sekolah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Belanjawan 2019Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd