• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
19/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini apabila permintaan terhadap unit tempatan itu meningkat di atas sokongan harga minyak dunia yang lebih kukuh.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1900/1940 yang dicatatkan pada 6 petang Jumaat minggu lepas.

Pada 9.18 pagi, petunjuk pasaran minyak mentah Brent dicatatkan pada US$67.19 setong.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata kenaikan terkini kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak mentah dunia yang meningkat ke paras tertingginya sejak 2014 membantu menyokong sentimen mata wang.

“Bagaimanapun, mesyuarat APEC pada hujung minggu memperlihatkan lagi jurang besar antara dasar AS dan China, membayangkan resolusi bagi perang perdagangan tidak akan dapat dicapai dalam masa terdekat ini.

“Dengan minggu dagangan yang pendek di AS dan penghujung tahun yang semakin hampir, saya merasakan mata wang serantau termasuk unit tempatan akan didagangkan mengikut pergerakan dolar AS bagi beberapa minggu akan datang,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0465/0513 daripada 3.0428/0462 pada sesi penutup Jumaat dan turun berbanding euro kepada 4.7751/7812 daripada 4.7506/7568.

Ringgit jatuh berbanding pound Britain kepada 5.3719/3787 daripada 5.3603/3671 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7137/7188 daripada 3.6946/6991. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd