• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Terus Jatuh Untuk Ditutup Lebih Rendah Berbanding Dolar US

oleh
12/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit terus jatuh untuk ditutup lebih rendah berbanding dolar US hari ini seiring dengan kebanyakan mata wang Asia selepas dolar US meningkat ke paras tertinggi pada 2018 apabila pelabur bersedia untuk kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan bulan depan.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1860/1900 berbanding 4.1780/1810 bagi setiap dolar US pada Jumaat.

Peniaga berkata, dolar telah meningkat sejak Rizab Persekutuan AS mengekalkan kadar faedah pada minggu lalu dan mengesahkan pendirian kewangannya yang ketat, yang disokong oleh ekonomi Amerika Syarikat yang kukuh.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pemasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata, pemacu lain yang akan mempengaruhi prestasi pasaran kewangan global selepas pilihan raya separuh penggal AS berakhir, adalah spekulasi sama ada Presiden Trump bertindak dengan ikhlas dengan komennya yang menjanjikan bahawa perjanjian perdagangan dengan China mungkin dicapai akhir bulan ini.

“Kebimbangan memuncak dengan keraguan yang satu perjanjian akan dicapai, yang mana merupakan risiko lain untuk pasaran baru muncul kerana ia jadi menghalang selera pelabur daripada melabur dalam aset berisiko,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan keseluruhannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0265/0299 daripada 3.0315/0341 pada Jumaat, tetapi berbanding yen Jepun, ia susut kepada 3.6739/6780 daripada 3.6685/6714.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3765/3833 daripada 5.4343/4386 pada Jumaat dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7113/7175 daripada 4.7362/7413 sebelumnya. – BERNAMA

Tags: ringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd