• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Tanpa Perubahan Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tanpa mencatatkan perubahan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini memandangkan pelabur menunggu Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan esok.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1830/1860 berbanding dolar AS sama seperti ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata, belanjawan itu penting kepada pelabur kerana ia akan menetapkan dasar kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan.

“Ia merupakan belanjawan pertama kerajaan baharu. Oleh itu, para pelabur ingin melihat prospek yang akan ditumpukan kerajaan,” katanya.

Beliau juga berkata, penurunan harga minyak mentah disebabkan peningkatan bekalan dan kemungkinan perang perdagangan AS-China memberi kesan kepada pasaran bahan api telah mengurangkan minat terhadap ringgit, memandangkan mata wang itu amat bergantung kepadanya.

Pada 9 pagi, minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras mencecah US$74.72 berbanding US$76.31 setong semalam.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0215 / 0243 daripada 3.0176 / 0209 pada Rabu serta naik berbanding euro kepada 4.7377 / 7427 daripada 4.7414 / 7465.

Mata wang tempatan rendah berbanding pound Britain kepada 5.3731 / 3790 daripada 5.3262 / 3317 dan lemah berbanding yen kepada 3.7080 / 7117 daripada 3.6969 / 6005. – BERNAMA

Tags: Dolar ASringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd