• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar

oleh Ahmad Albab
08/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit gagal mengekalkan kenaikannya semalam apabila dibuka rendah pagi ini berbanding dolar AS apabila para pelabur beralih kembali kepada aset lebih berisiko, kata para peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1690/1730 berbanding dolar AS daripada 4.1640/1670 yang dicatatkan pada 6 petang Rabu.

Seorang peniaga berkata dolar AS juga jatuh selepas pilihan raya pertengahan penggal AS yang menyaksikan Kongres AS terbahagi dua antara Parti Republikan dan Parti Demokrat, memberikan keupayaan pada Demokrat untuk mengawal sebarang inisiatif utama daripada Presiden Donald Trump.

“Keputusan itu meningkatkan prospek kegawatan poliitk, yang seterusnya menjadikan dolar berada dalam tekanan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata ringgit tertahan sedikit semalaman berikutan keghairahan pasaran yang mengejar apa juga yang mempunyai kadar hasil.

Dengan kata lain, aset-aset yang sedang meningkat disambar dengan pantas berikutan andaian Rizab Persekutuan AS akan memperlahankan kemajuan kenaikan kadar selepas pilihan raya.

Mengenai pasca-belanjawan, Innes menjangka Malaysia akan menerima tinjauan negatif, jika pun bukan penurunan penarafan.

“Meskipun penurunan penarafan kredit tidak akan menjejaskan teruk mata wang, ia akan membawa kesan jangka pendek yang ketara, dan ancaman itu sendiri akan menyebabkan ringgit diniagakan defensif pada minggu-minggu yang akan datang.

“Bagaimanapun, dengan sasaran defisit dijangkakan oleh pasaran, ringgit dijangka susut pada kadar yang lebih pantas daripada yang dijangkakan dan kita dijangka menyaksikan ringgit berada pada paras 4.20+ pada akhir tahun,” katanya.

Beliau berkata paras ketahanan utama berada pada 4.20 dengan sokongan utama pada 4.15 berbanding dolar AS.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0393/0427 daripada 3.0419/0445 pada Rabu dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6686/6724 daripada 3.6830/6860.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.4718/4783 daripada paras 5.4815/4871 semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7652/7706 daripada 4.7844/7883. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd