• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rina Nafi Peruntukan Mara Dipotong 50%

oleh
14/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan pemotongan 50 peratus peruntukan bagi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam Belanjawan 2019 adalah tidak benar, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun.

Rina berkata malah agensi di bawah kementerian itu menerima peruntukan RM3.705 bilion bagi Belanjawan 2019.

“Saya ada terbaca (dakwaan pengurangan bajet MARA). Terkejut sangat saya bila dikatakan peruntukan MARA turun daripada RM3.5 bilion kepada RM1.3 bilion.

“Saya menafikan dan fakta itu adalah salah. Sebenarnya peruntukan untuk MARA pada 2019 adalah RM3.7 bilion. RM1.3 bilion itu adalah perbelanjaan mengurus sahaja.

“Saya minta Anggota Parlimen Rembau (Khairy Jamaluddin) baca buku Belanjawan 2019,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Syarikat dan Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik KPLB 2017.

Rina mengulas kenyataan Khairy yang mendakwa peruntukan MARA dipotong sehingga 50 peratus.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai desas-desus rombakan kabinet yang mengaitkan namanya sebagai antara individu yang akan digugurkan, Rina berkata beliau tidak mengetahui perkara tersebut.

“Itulah. Kalau dia (kerajaan) nak (gugurkan)…kenapa dia bagi MARA dekat saya pula. Tempat yang orang berebut-rebut nak. Saya tak dengar pasal tu (pengguguran). Itu adalah luar skop (tugas) saya.

“Ia di bawah (prerogatif) perdana menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad). Cuma sekarang, saya nak fokuskan apa yang dirancang iaitu Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar,” katanya.

Ditanya sama ada beliau terkesan dengan khabar angin tersebut, Rina berkata beliau akan tetap memberikan fokus dengan segala pelan yang telah dirancang di bawah kementeriannya.

“Saya akan jalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan selagi saya memegang jawatan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rina Harun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kaki Kiri Bayi Lelaki Bengkak Selepas Pembedahan

Next Post

Malaysia-Rusia Akan Tingkatkan Perdagangan

Related Posts

PRU15: Rina Nafi Lap Tangan Selepas Bersalaman

PRU15: Rina Nafi Lap Tangan Selepas Bersalaman

07/11/2022
0

SEPANG – Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Sepang, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menyangkal ada mengelap tangan di pakaian ibunya,...

RUU Antigangguan Seksual 2021 Diluluskan

RUU Antigangguan Seksual 2021 Diluluskan

20/07/2022
0

KUALA LUMPUR - Hasil usaha penggubalan dan libat urus yang dilakukan sejak 2011, Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021) akhirnya...

Next Post

Malaysia-Rusia Akan Tingkatkan Perdagangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd