• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Perempuan Hilang Di Laut Ketika Bermain Bersama Rakan

oleh Cj Mnh
26/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika sedang bermain di kawasan longgokan pasir yang membentuk seperti pulau di perairan Tanjung Piai dekat Pontian, hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja itu kira-kira 10.30 pagi tadi dengan menggerakkan sebuah bot selepas menerima maklumat kejadian daripada Balai Polis Permas, Kukup, Pontian.

“Sebuah Pangkalan Hadapan Carilamat ditubuhkan di jeti nelayan Tanjung Piai berdekatan dengan lokasi kejadian bagi menyelaras usaha mencari mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sanifah berkata remaja berumur 17 tahun itu berpakaian t-shirt berwarna ungu dan seluar jeans berwarna coklat.

Beliau berkata difahamkan mangsa bersama-sama lima lagi rakannya dari Ayer Baloi, Pontian telah menaiki bot ke kawasan tersebut untuk bermain-main sebelum tiga daripada mereka terjerlus ketika bermain.

Bagaimanapun dua orang rakan mangsa dapat diselamatkan manakala mangsa dihanyutkan arus, katanya.

“Operasi SAR melibatkan lima aset bot dan 47 orang anggota dari pelbagai agensi iaitu APMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela),” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai segera menghubungi talian 999 atau Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru di talian 07-2219231 jika berlaku kecemasan di laut supaya APMM dapat memberikan bantuan kecemasan dengan cepat.

Orang ramai juga dinasihati lebih berhati-hati memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan mengambil langkah yang sewajarnya apabila berada di pantai, katanya. – BERNAMA

Tags: Hanyutlemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd