• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rangka Kerja Mata Wang Kripto Suku Pertama 2019

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan dua rangka kerja pengawal seliaan bagi platform pendanaan ramai (crowdfunding) hartanah dan mata wang kripto pada suku pertama 2019.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata rangka kerja berkenaan akan dibangunkan secara bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

“Kementerian Kewangan akan bertindak sebagai badan koordinasi antara BNM dan SC supaya perkara itu dapat diselaraskan dengan baik.

“Apa yang dapat dicadangkan pada masa ini ialah kita tunggu rangka kerja pengawal selian itu dikeluarkan. Sehingga itu kita tidak dapat membuat sebarang kesimpulannya,” katanya pada pemberita selepas merasmikan Persidangan Fintech SCxSC 2018, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar.

Guan Eng berkata, rangka kerja berkenaan akan turut diguna pakai bagi cadangan pengenalan mata wang kripto baharu, Harapan Coin kerana ia perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Sebaik rangka kerja berkenaan disiapkan ia akan diguna pakai kepada semua. Saya sendiri telah bercakap dengan menteri yang mengeluarkan kenyataan mengenainya (Harapan Coin) dan beliau bersetuju untuk tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan akan melakukan semakan semula Belanjawan 2019 berikutan penurunan harga minyak mentah dunia, beliau berkata, perbezaan harga minyak pada masa ini adalah masih kecil untuk melakukan semakan semula ke atas bajet.

“Anggaran yang dibuat dalam bajet sebelum ini adalah pada harga minyak sebanyak AS$52 setong dan dalam Belanjawan 2019 pada AS$72 setong. Perbezaannya masih lagi boleh diserap.

“Apa yang berlaku ketika kenaikan harga minyak akan turut berlaku ketika harga itu turun. Jadi kita akan mengambil langkah yang sama dan tidak menyemak semula bajet,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan kerajaan akan menurunkan harga petrol RON95 yang kini pada RM2.20, beliau enggan mengulas lanjut.

Harga minyak mentah Brent hari ini jatuh 27 cent kepada AS$ 60.21 mengalami penurunan sejak sebulan lalu daripada AS$78 setong. – BH ONLINE

Tags: Lim Guan EngMata wang kripto
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd