• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Wanita Mengandung Hisap Ganja

oleh Ahmad Albab
08/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Kajian baharu menemui bukti bahawa semakin ramai ibu mengandung di Amerika Syarikat (AS) mengambil ganja ketika mengandung, walaupun ketika penggunaan tembakau dan minuman keras menurun.

Beberapa kajian lain turut merekodkan peningkatan penggunaan ganja dalam kalangan wanita mengandung bagi setiap peringkat usia dengan wujud bukti lonjakan tinggi dalam kalangan remaja dan belia.

Dalam kajian itu, pasukan penyelidik menganalisis jumlah wanita mengandung yang mengambil minuman keras, tembakau atau ganja dari 2002 hingga 2016.

Keseluruhannya, wanita mengandung yang mengambil ganja meningkat tiga peratus setahun, sepanjang tempoh kajian itu, menurut laporan penyelidik terbabit dalam jurnal JAMA Pediatrics.

Peningkatan hanya direkodkan untuk trimester pertama dan paling ramai dalam kalangan wanita berusia 26 hingga 44 dengan sekurang-kurangnya pendidikan sekolah tinggi.

Dalam tempoh sama, jumlah wanita mengandung yang mengambil minuman keras susut dua peratus setahun dan tembakau susut tiga peratus setahun.

“Kajian ini menunjukkan kejayaan mengurangkan wanita mengandung daripada mengambil tembakau atau minuman keras.

“Bagaimanapun, mesej mengenai kesan buruk pendedahan kepada ganja ketika mengandung terhadap pembangunan janin seolah-olah tidak kesampaian,” kata penulis utama kajian, Arpana Agrawal dari Fakulti Perubatan di Universiti Washington.

Jumlah wanita mengandung menggunakan ganja meningkat dari kurang tiga peratus pada 2002 kepada hampir lima peratus menjelang 2016, menurut kajian itu. – Reuters/myMetro Online

Tags: ganjaibu mengandung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Hina Islam Dibebas Dari Penjara

Next Post

Khayal Masuk Kandang Buaya

Related Posts

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

Ganja Cuba Diseludup Guna Perkhidmatan Kiriman, Diikrar Sebagai ‘Hadiah Hari Raya’

Ganja Cuba Diseludup Guna Perkhidmatan Kiriman, Diikrar Sebagai ‘Hadiah Hari Raya’

05/05/2025
0

KUCHING - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menggagalkan dua cubaan penyeludupan dadah jenis ganja menggunakan perkhidmatan kiriman cepat...

Next Post

Khayal Masuk Kandang Buaya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd