• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Perlis Terima Penghargaan Universiti Fatoni

oleh Cj Mnh
28/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PATTANI (Thailand) – Kerjasama kerajaan negeri Perlis dalam membangunkan syiar Islam di selatan Thailand mendapat penghargaan Universiti Fatoni di sini apabila menamakan bangunan Fakulti Al-Quran dan Sunnah universiti itu sebagai Majma Sirajuddin Jamalullail Perlis.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail merasmikan bangunan yang diberi nama sempena nama baginda itu semalam.

Bangunan berharga THB20 juta (RM2.3 juta) itu adalah hasil sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Ketika merasmikan bangunan itu ,Raja Perlis bertitah bahawa amalan berwakaf berperanan penting kepada pembangunan ummah termasuk bidang pendidikan tinggi.

“Sekiranya diurus tadbir secara sistematik, dana wakaf dapat berperanan membangunkan sesebuah institusi pengajian tinggi,”tambah baginda.

Menurut baginda, ia sekaligus membantu meningkatkan tahap ekonomi negara dan menzahirkan keindahan Islam seperti yang kita dapat lihat pada hari ini.

Sebagai contoh, Universiti Al-Azhar, Mesir yang diasaskan oleh Kerajaan Fatimiyah dan dibangunkan semula oleh Kerajaan Mesir adalah model kecemerlangan wakaf pendidikan tinggi yang dibanggakan oleh seluruh dunia, titah baginda

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Rektor Universiti Fatoni, Prof. Madya Dr. Ismail Lutfi Japakiya dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. – BERNAMA

Tags: Raja PerlisUniversiti Fatoni
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

10/07/2024
1

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertihah bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha...

Hafizul Dipercayai Mahu Larikan Diri Ke Makkah Melalui Thailand – Polis

Peniaga Ketam Didakwa Hina Raja Perlis

16/04/2024
0

KANGAR: Seorang peniaga ketam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi jelik terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd