• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Nafi Beliau Calon Bagi Rantau

oleh
17/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mohd Rafizi Ramli hari ini menafikan beliau adalah calon PKR untuk pilihan raya kecil negeri bagi Rantau.

Ketua PKR Cabang Pandan itu sebaliknya menegaskan bahawa Dr S. Streram adalah calon paling layak untuk kerusi itu.

Rafizi berkata kempen dan usaha Dr Streram termasuk memfail bantahan terhadap keputusan pilihan raya itu menjadikannya orang paling layak sebagai calon bagi kerusi itu.

“Tidak, saya telah nyatakan dengan tegas sebelum PR (Pilihan Raya), saya tidak berhasrat memegang sebarang jawatan awam untuk sekurang-kurangnya dua tahun, dan saya fikir parti memahaminya,” katanya kepada pemberita pada Kongres Nasional PKR 2018 di sini.

Rafizi mengulas khabar-khabar angin mengenai pencalonannya itu selepas Mahkamah Pilihan Raya di Seremban semalam mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi negeri Rantau dalam PRU14 adalah tidak sah dan batal.

Mohamad memenangi kerusi itu tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada 28 April selepas calon PKR Dr S. Streram tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana beliau tidak memiliki pas dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (EC).

Terdahulu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesahkan nama Rafizi ditimbulkan sebagai calon bagi kerusi berkenaan. – BERNAMA

Tags: Rafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bapa Jehan Miskin Meninggal Dunia

Next Post

Kapal Selam Argentina Ditemui Selepas Setahun

Related Posts

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri....

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

24/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Rafizi Ramli yang tewas dalam saingan jawatan nombor dua PKR malam tadi tidak kelihatan di hari...

Next Post

Kapal Selam Argentina Ditemui Selepas Setahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd