• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geran Sepadan PTPTN Sehingga 31 Disember

oleh Cj Mnh
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Seramai 133,049 kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun di seluruh negara menerima insentif Geran Sepadan sumbangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM66.524 juta sehingga 31 Okt lepas.

Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata di bawah program itu, pelajar cemerlang daripada keluarga miskin akan menikmati insentif sebanyak RM500 seorang yang dimasukkan dalam akaun SSPN-i mereka.

Katanya PTPTN menyediakan peruntukan untuk 500,000 ibu bapa terawal yang layak dengan membuat simpanan RM500 dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) untuk menikmati Geran Sepadan, yang akan ditutup pada 31 Dis ini.

“Ini adalah inisiatif PTPTN bagi memastikan ibu bapa mempunyai simpanan pendidikan tinggi untuk anak-anak mereka di samping menyemai budaya menabung sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi,” kata Wan Saiful selepas merasmikan program “Kembali ke Sekolah’ dan sumbangan akaun SSPN-i di Sekolah Kebangsaan Oran, di sini hari ini.

Pada majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor menyampaikan zakat pendidikan sumbangan agensi itu kepada 790 pelajar termasuk 89 pelajar bukan beragama Islam.

Wan Saiful berkata Perlis adalah antara negeri yang menyalurkan zakat kepada pelajar bukan Islam dan beliau berbangga dengan perkembangan itu. – BERNAMA

Tags: GeranPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

24/02/2025
0

SHAH ALAM - Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd