• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Bangun Tanah Wakaf Pertama Di Kedah

oleh
22/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – UDA Holdings Berhad (UDA) melalui anak syarikatnya UDA Waqf Sdn Bhd (UDA Waqf) memperkenalkan projek pembangunan hartanah di atas tanah wakaf yang pertama di negeri ini menerusi projek pembangunan Taman Sultan Sallehuddin di Telok Chengai, Kuala Kedah, dekat sini.

Pengarah Urusan Kumpulan UDA, Datuk Ahmad Abu Bakar berkata, projek itu merupakan hasil usahasama UDA Waqf dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) yang menampilkan pembangunan hartanah jenis kediaman dan komersial.

“Objektif projek ini adalah untuk membantu memajukan tanah wakaf yang berpotensi sebagai projek perumahan dan projek yang didirikan di atas tanah seluas lebih 11 hektar itu bakal menyediakan 286 unit hartanah yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun bermula tahun hadapan.

“Kita menawarkan harga 20 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh pemaju lain dan pembangunan ini adalah berstatus rizab Melayu jadi pembeli Melayu dan beragama Islam sahaja yang boleh memiliki hartanah ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu majlis perasmian dan pecah tanah projek berkenaan telah disempurnakan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Turut berangkat sama ialah Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, yang juga Yang Dipertua MAI,K dengan turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Syeikh Hasbullah Abd Halim.

Sementara itu, Syeikh Hasbullah berkata tanah tersebut telah diwakafkan oleh bekas Setiausaha Kerajaan Negeri ,Mohd Ariffin Mohd Arshad semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

“Projek tersebut merupakan salah satu kaedah untuk mengembangkan lagi harta dan manfaat wakaf di negeri ini dan manfaat yang diperolehi daripada hasil pembangunan tanah ini akan diagihkan kepada tiga buah masjid iaitu Masjid Derga, Masjid Tanjung Musang dan Masjid Jabi.

Projek pembangunan itu bakal menyediakan 286 unit hartanah yang merangkumi 136 unit rumah berkembar dua tingkat, 69 unit rumah teres dua tingkat, 64 unit rumah kos rendah setingkat, 15 unit kedai pejabat dua tingkat serta dua unit kedai pejabat tiga tingkat.

Harga rumah kos rendah bakal dijual dengan harga RM45,000 manakala rumah lain bermula daripada harga RM370,000 dan ke atas manakala kedai pejabat pula dijual dengan harga bermula daripada RM600,000. – BERNAMA

Tags: Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kuil Hindu Lebih Banyak Daripada Masjid! – Ridhuan

Next Post

Kerajaan PH Sedia Tangguh Ratifikasi ICERD

Related Posts

Jerai Geopark Dimasyhur Geopark Kebangsaan

24/11/2018
0

YAN - Jerai Geopark hari ini dimasyhurkan sebagai Geopark Kebangsaan sempena pertabalan Sultan Kedah Ke-29 Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin...

Kenangan Zaman Remaja Bersama Sultan Sallehuddin

17/10/2018
0

ALOR SETAR - Pemurah, mudah berkawan, berpekerti lembut tetapi tegas adalah antara sifat yang bermain di bibir rakan-rakan sekolah mengenai...

Next Post

Kerajaan PH Sedia Tangguh Ratifikasi ICERD

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd