• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Bertindak Kasar Ke Atas Orang Awam

oleh Ahmad Albab
06/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan anggota pasukan itu bertindak kasar keatas seorang awam yang melakukan kesalahan meletak kenderaan di hadapan sebuah bank di pekan Bahau dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, beliau telah menonton rakaman video insiden itu yang tular di media sosial dan siasatan lanjut pihaknya mendapati pemilik kenderaan tersebut sebenarnya berada dalam keadaan mabuk.

Kata beliau, anggota polis terlibat langsung tidak menyentuh lelaki yang didakwa menjadi mangsa kekerasan polis tersebut, sebaliknya cuma menasihatinya supaya tidak memandu semasa sedang mabuk.

“Apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya. Lelaki itu mabuk dan enggan bekerjasama apabila diminta mengalihkan keretanya kerana menghalang.

“Kami cuma menjalankan tugas dan kami mengenal pasti tempat di hadapan Maybank Bahau sebagai zon penguatkuasaan tegas (larangan meletak kenderaan),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Semalam, sebuah rakaman video berdurasi selama enam minit memaparkan beberapa individu membantah tindakan polis menahan seorang lelaki ditahan polis tular di media sosial.

Seorang anggota polis didakwa menendang lelaki itu kerana meletakkan kereta di hadapan Maybank Bahau sewaktu isteri dan anaknya menunggu di dalam kereta tersebut.

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, pemilik kerera tersebut mengakui kesilapan yang dilakukannya selepas dia di bawa ke balai polis berhampiran.

“Kami telah beri amaran supaya dia tidak mengulangi kesalahan . Kami pun tidak mahu panjangkan hal ini kerana hari ini Deepavali . Jika ditangkap, pasti kena tidur lokap,” katanya. – K! ONLINE

Tags: anggota polisorang awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

20/10/2025
0

BALING: Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pemerasan terhadap seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd