• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Minta Ibu Bapa Awasi Anak, Elak Kes Rogol

oleh
07/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Ibu bapa diminta memantau aktiviti anak-anak terutama yang melibatkan penggunaan aplikasi media sosial bagi mengelak mereka terjebak dengan gejala sosial.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata pemantauan secara serius dapat mencegah berlaku peningkatan kes rogol bawah umur khususnya di daerah itu.

Katanya sejak Januari lalu, sebanyak lapan kes rogol bawah umur direkodkan di daerah Kerian berbanding dua kes dalam tempoh sama tahun lepas dengan semuanya berpunca daripada perkenalan mangsa dengan suspek melalui aplikasi media sosial seperti WhatsApp dan WeChat.

“Kebanyakan kes rogol yang kita siasat berlaku atas kerelaan mangsa, walaupun ada yang baru mengenali antara satu sama lain dan kebanyakan mangsa dikenal pasti sudah tidak bersekolah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini hari ini.

Beliau turut menolak dakwaan terdapat sebuah rumah urut dan spa kecantikan di Pusat Bandar Parit Buntar menjadi ‘lubuk’ kegiatan pelacuran secara dalam talian.

“Siasatan mendapati pusat spa kecantikan itu berlesen dan hanya menjalankan aktiviti perniagaan dibenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kita tidak menolak kemungkinan ada pekerja di situ menawarkan khidmat seks menggunakan aplikasi media sosial, namun tindakan itu tidak didalangi pengurusan spa,” katanya sambil menegaskan akan memantau aktiviti premis tersebut. – BERNAMA

Tags: kes rogol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ambil Peluang Majlis Ilmu – Tengku Puan Pahang

Next Post

Boleh Edar Bible Depan Sekolah – MAIPP

Related Posts

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

21/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang buruh kebun sawit direman tujuh hari kerana disyaki merogol dua anak perempuannya sejak 11 tahun lalu. Majistret...

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

09/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang bapa nekad tidak mahu membayar ikat jamin RM1,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Next Post

Boleh Edar Bible Depan Sekolah - MAIPP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd