• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Beri Jaminan Keadaan Di Kuil Terkawal

oleh
27/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor memberi jaminan keadaan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights dan kawasan sekitarnya di Subang Jaya terkawal setakat jam 3 pagi ini.

Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan kekecohan dan provokasi.

“Saya akan ke lokasi kejadian bagi memantau lokasi perkembangan keadaan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi.

“Saya menasihatkan orang awam agar tidak perlu panik kerana polis berada di lokasi untuk mengawal keadaan, FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) berada di sana,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum itu, kekecohan yang berlaku di kuil itu tercetus semula pada kira-kira 1 pagi ini apabila sebahagian daripada orang awam yang berkumpul bertindak ganas membakar bangkai sebuah kereta.

Sebuah lagi bangkai kereta dibakar pada pukul 1.30 pagi manakala sebuah kereta dibakar setengah jam kemudian sebelum mereka bertindak merosakkan sebuah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berada di lokasi untuk memadamkan kebakaran.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi Isnin, puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil sebelum tercetus pergaduhan antara dua kumpulan sehingga dilaporkan 18 kenderaan dibakar dan beberapa motosikal dibakar.

Ekoran kejadian itu, polis dilaporkan telah menahan 17 individu bagi membantu siasatan insiden tersebut.

Difahamkan kekecohan tersebut tercetus berhubung isu perpindahan tapak kuil itu ke lokasi baharu.

Tinjauan wartawan Bernama yang berada di lokasi mendapati orang yang berkumpul sejak petang semalam bertambah ramai menjelang tengah malam dan enggan berganjak daripada kuil berkenaan.

Terdahulu, terdapat sebuah lori diletakkan di tengah jalan raya, dipercayai bertujuan menghalang trak Unit FRU daripada memasuki kawasan berdekatan kuil.

Kira-kira pukul 2 pagi, sebahagian daripada orang ramai yang berkumpul di kuil bergerak ke Menara MCT yang menempatkan pejabat pemaju One City Development Sdn Bhd (One City) , kira-kira dua kilometer dari kuil itu, sebelum bertindak merosakkan harta benda termasuk memecahkan cermin bangunan dan kenderaan.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut terus mencetuskan kekecohan walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu berjaya dihalang anggota FRU yang ditempatkan di luar bangunan itu bagi mengelak insiden lebih buruk.

Sementara itu, tetamu sebuah hotel d bangunan berkenaan diarah meninggalkan bangunan bagi memastikan keselamatan mereka.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Aziz Jamman, yang ditemui di Menara MCT untuk meninjau situasi semasa di tempat kejadian, menyifatkan tindakan ganas itu melampaui batas.

“Perkara ini akan menjadi lebih teruk sekiranya ia berterusan…Kita perlu meredakan keadaan.

“Ini bukan soal agama atau bangsa tetapi ini masalah antara pihak kuil dengan pihak pemaju,” katanya.

One City merupakan pemilik tapak kuil berkenaan.

Pada 28 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengeluarkan notis pengosongan yang mengarahkan pentadbir kuil itu mengosongkan tapak berkenaan sebelum 15 Okt lalu.

Dalam penghakiman persetujuan, One City bersetuju mendepositkan wang RM1.5 juta kepada pihak kuil manakala kerajaan negeri menyerahkan tanah seluas satu ekar (kira-kira 0.4 hektar) terletak kira-kira 3 kilometer dari lokasi asal kuil untuk tujuan pemindahan kuil tersebut. – BERNAMA

Tags: Kuil Sri Maha Mariamman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beri Kerajaan Masa Untuk Lakukan Perubahan – TPM

Next Post

Perintah Berkurung Di ESSZone Lanjut 12 Disember

Related Posts

Pergerakan Pedati Dibenarkan Dengan Syarat Ketat

26/01/2021
0

PUTRAJAYA - Kebenaran khas untuk pergerakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur ke Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves esok...

Kes Adib: Polis Guna Mesin Poligraf Ke Atas Saksi Utama

20/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Polis akan menggunakan mesin poligraf terhadap tujuh saksi utama yang akan tampil bagi membantu siasatan kes arwah...

Next Post

Perintah Berkurung Di ESSZone Lanjut 12 Disember

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd