• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ambil Keterangan Azwanddin Dan Ragvinder

oleh
25/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis hari ini mengambil keterangan Presiden Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah dan Pengerusi Gabungan 3 Ragvinder Singh berhubung kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan perkauman di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kedua-dua mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dekat sini kira-kira 11 pagi.

“Setakat ini pihak polis hanya mengambil keterangan kedua-dua mereka untuk siasatan lanjut…tiada penahanan dilakukan hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditemui pemberita sebelum memberi keterangan, Azwanddin berkata beliau sebelum ini telah dipanggil untuk memberi keterangan pada 23 Nov lepas namun meminta untuk proses itu ditangguhkan.

“Saya minta proses itu ditangguhkan kerana ada urusan yang perlu dilakukan dan hari ini saya hadir untuk beri kerjasama dengan pihak polis berhubung siasatan yang mereka ingin lakukan,” katanya.

Lebih 30 penyokong Azwanddin dan Ragvinder hadir di IPD Ampang Jaya bagi memberi sokongan kepada mereka.

Jumaat lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata Azwanddin dan Ragvinder antara sembilan individu yang akan dipanggil pihak polis berhubung kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan perkauman di laman sosial.

Tujuh lagi ialah Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy; Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata Chiong Yoke Kong; ADUN Tras Chow Yu Hui; Timbalan Pengerusi Gabungan 3 Amran Ahmad Nor serta blogger Lau Shan Thean dan Muhamad Edi Mohamad Riyas atau Edi Rejang.

Lebih 160 laporan polis telah diterima dari seluruh negara dengan beberapa kertas siasatan menurut Seksyen 504, 505 dan 506 Kanun Keseksaan telah dibuka, kata Noor Rashid. – BERNAMA

Tags: perkauman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

Polis Siasat Video Penceramah Bebas

07/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menjalankan siasatan berhubung klip video tular mengandungi kenyataan didakwa berbaur penghinaan agama dan kaum oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd