• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imran Khan Diberi Sambutan Rasmi Di Putrajaya

oleh
21/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, yang berada di sini untuk lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia selepas menjawat jawatan itu pada Ogos, telah diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana, di sini hari ini.

Imran Khan, yang tiba di Malaysia semalam, disambut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejurus tiba pada jam 9.40 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Imran Khan kemudian memeriksa barisan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menteri kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.

Imran Khan dan Dr Mahathir kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata untuk membincangkan hubungan dan kerjasama dua hala sedia ada di antara kedua-dua negara serta mengenal pasti bidang baharu untuk kerjasama masa hadapan.

Dr Mahathir dan Imran Khan juga akan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Pakistan mengenai pemansuhan visa bagi perjalanan antara kedua-dua negara itu.

Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), Imran Khan dijadualkan untuk menghadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah, yang melaksanakan fungsi Yang di-Pertuan Agong.

Imran Khan juga dijadual melawat ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini.

Imran Khan kini dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Dr Mahathir.

Bulan lepas, Imran Khan dan Dr Mahathir telah berhubung melalui telefon, di mana beliau telah menyatakan hasrat untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat.

Wisma Putra berkata Malaysia dan Pakistan menikmati hubungan dua hala yang substantif dan berterusan sejak sekian lama dalam bidang pendidikan, pelancongan, kerjasama pertahanan dan bantuan teknikal.

Pada 2017, nilai dagangan dua hala antara kedua-dua negara dicatatkan pada RM5.76 bilion, peningkatan 3.5 peratus berbanding 2016.

Pakistan adalah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di kalangan negara-negara Asia Selatan. – BERNAMA

Tags: Imran Khan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Cikgu Murdani Yang Jatuh Ke Sungai Pahang Ditemukan Lemas

Penyokong Imran Khan Serbu Ibu Negara Pakistan, Tuntut Pembebasannya

26/11/2024
0

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya enam anggota pasukan keselamatan terbunuh ketika mereka cuba menghalang ribuan penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjarakan,...

Pengantin Baharu Didenda RM4,000 Simpan Gambar Porno Kanak-kanak

Bocorkan Rahsia Negara, Imran Khan Dihukum Penjara 10 Tahun

30/01/2024
0

ISLAMABAD - Mahkamah Pakistan pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas Perdana Menteri, Imran Khan dan diplomat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd