• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Kanada Sokong Israel, Sifatkan BDS Anti-Yahudi

oleh Haris
08/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUSTIN Trudeau mengecam kempen boikot terhadap Israel (BDS) yang digerakkan oleh pejuang hak asasi Palestin semasa berucap tentang tindakan menolak pelarian Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.

Perdana menteri Kanada itu berucap di parlimen semalam tentang tindakan negaranya pada 1939 menolak sebuah kapal membawa sekitar 900 orang Yahudi yang tiba di Kanada.

Beliau meminta maaf atas kejadian dalam sejarah Kanada itu, menunjukkan sikap konsistennya sejak dulu yang bersimpati dengan Israel.

Lebih daripada 250 Yahudi terbabit akhirnya dibunuh di kem tahanan Nazi selepas kapal itu terpaksa berpatah balik ke Eropah, menurut pengkaji sejarah.

Kanada dan juga negara lain di Barat enggan menerima pelarian itu.

“Kami memohon maaf kepada 907 orang Yahudi Jerman yang menaiki kapal St Louis itu, dan juga kepada keluarga mereka,” kata Trudeau.

“Kami meminta maaf atas keterlanjuran respons Kanada itu. Kami kesal kerana tidak memohon maaf lebih awal,” katanya lagi.

Trudeau kemudian mengaitkan kekejaman terhadap Yahudi itu dengan respons dunia terhadap kekejaman Yahudi di Israel, dan mengecam gerakan BDS.

BDS dilancarkan pada 2005 oleh sekumpulan 170 kumpulan masyarakat sivil yang memperjuangkan nasib Palestin, bertujuan menekan Israel menamatkan penaklukan wilayah Palestin dan memastikan hak warga Palestin dipelihara.

Trudeau kemudian mengaitkan lagi BDS dengan “anti-Semitism” yang menyebabkan pelajar Yahudi di kampus-kampus rasa tersisih.

“Dalam seluruh komuniti negara-negara di dunia, hak Israel untuk wujud paling banyak dipersoalkan secara salah,” katanya.

Aktivis BDS menolak dakwaan anti-Yahudi yang dibuat oleh Trudeau, dan berhujah bahawa penyokong Israel bermatlamat menyekat debat tentang hak asasi warga Palestin dengan menyamakan kritikan sah terhadap Israel dengan kebencian terhadap Yahudi.

Kanada mempunyai hubungan baik dengan Israel, dan Trudeau kini menunjukkan hubungan mesra ini diteruskan di bawah pemerintahannya, selepas hubungan kedua-dua negara melonjak di bawah perdana menteri sebelum ini, Stephen Harper. –  MEM

Tags: IsraelJustin TrudeauKanada
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

29/03/2026
0

RIYADH: Iran dilaporkan berjaya melancarkan serangan tepat menggunakan peluru berpandu dan dron ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Arab...

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

29/03/2026
0

Oleh Mynewshub Realiti Atau Perang Persepsi? Ketegangan di sempadan selatan Lubnan terus memuncak apabila kumpulan Hezbollah mendakwa telah berjaya memusnahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd