• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKNS Tutup Sementara Uptown Shah Alam Untuk Siasatan Kebakaran

oleh
12/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menutup tapak ‘Uptown’ Shah Alam buat sementara waktu bagi proses siasatan berhubung insiden kebakaran melibatkan 35 lot perniagaan di bazar larut malam itu pagi tadi.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak Hashim berkata penutupan itu berkuat kuasa sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak.

Beliau berkata pihaknya memberi perhatian serius akan insiden itu dan tindakan sewajarnya akan dilaksanakan setelah segala proses siasatan selesai.

“PKNS akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dengan segera setelah semua isu berkaitan keselamatan, pendawaian dan struktur bangunan diatasi.

“Bagaimanapun, PKNS masih menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa sebelum sebarang tindakan dapat dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Rizal Buang dalam satu kenyataan berkata, seramai 39 anggota dari balai Shah Alam, Kota Anggerik dan Subang Jaya telah dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pukul 5.37 pagi.

Menurut Mohd Rizal, sebanyak 28 buah kedai di blok pertama dan blok kedua terbakar 100 peratus manakala tujuh buah kedai di blok ketiga 50 peratus terbakar.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal kira-kira 5.50 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan operasi Uptown Shah Alam berakhir pada pukul 4 pagi.

Kebakaran ini merupakan insiden ketiga berlaku di bazar larut malam itu selepas kali pertama berlaku pada 2014 membabitkan 196 kedai dan kali kedua membabitkan empat kedai pada 2016. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cadangan Haram Penanaman Ketum Dibawa Ke Kabinet

Next Post

Maszlee Dinasihat Letak Jawatan Presiden UIAM Dengan Segera

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post

Maszlee Dinasihat Letak Jawatan Presiden UIAM Dengan Segera

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd