• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan AUKU Akan Dibentang Di Dewan Rakyat

oleh Ahmad Albab
10/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) berhubung cadangan pindaan beberapa peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dijangka berlangsung pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata pindaan itu turut membabitkan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).

Katanya, pindaan membabitkan pemansuhan peruntukan yang menghalang mahasiswa universiti terbabit dalam aktiviti parti politik di kampus seperti disebut dalam Seksyen 15(2) (C) AUKU, Seksyen 47(2)(C) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Seksyen 10(2)(C) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 yang terpakai kepada semua universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta dan politeknik, kolej komuniti dan institut perguruan.

“Langkah ini selari dengan transformasi politik dalam mengukuhkan institusi demokrasi terutamanya bagi memberi lebih ruang kepada mahasiswa untuk bersuara dan terbabit dengan aktiviti politik di kampus

“Selain itu, ia bertujuan untuk menghasilkan graduan yang seimbang dan berupaya dalam menyuarakan pendapat mengenai isu semasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, beberapa peruntukan dalam AUKU yang digunakan pada masa kini perlu disesuaikan dengan pelan transformasi yang diusahakan kerajaan baharu.

“AUKU Perlu dilihat semula bagi memastikan bahawa semangat dan kehendak transformasi berkenaan diterjemah berdasarkan keluhuran undang-undang.

“Ïni adalah langkah awal transformasi supaya seiring dengan kemajuan teknologi dan maklumat dan kementerian turut menyasarkan satu akta baharu pendidikan tinggi digubal bagi menggantikan AUKU menjelang tahun 2020,” katanya. – BH ONLINE

Tags: AUKUDr Maszlee Malik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Tidak Perlu Mansuh Keseluruhan AUKU – PM

Tidak Perlu Mansuh Keseluruhan AUKU – PM

07/04/2023
0

SHAH ALAM : Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu dipinda pada perkara-perkara tertentu seperti kebebasan mahasiswa dan akademik berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd