• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFF: Safawi Rasid Tidak Risau Kemarau Gol

oleh
25/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyerang muda kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid tidak risau akan prestasinya biarpun masih belum berjaya mencipta nama sebagai penjaring pada kempen Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018.

Pada aksi terakhir Kumpulan A menentang Myanmar semalam, tonggak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mempunyai peluang terbaik menamatkan kemarau gol dalam tiga perlawanan terdahulu, namun situasi satu lawan satu berdepan penjaga gol Myanmar pada minit ke-81 gagal disudahkan dengan baik.

Bagi Muhammad Safawi, menjaringkan gol merupakan satu bonus dalam perlawanan dan apa yang penting adalah sumbangannya dalam membantu pasukan meraih kemenangan.

“Saya berpuas hati dengan perlawanan ini walaupun saya tidak menjaringkan gol kerana malam ini kita bermain sebagai satu pasukan yang membantu antara satu sama lain untuk mencari tiga mata dan ke separuh akhir.

Soal adakah saya tertekan untuk meledak gol itu tidak ada. Peluang yang saya miliki itu mungkin saya sedikit terburu-buru kerana saya tahu ada pertahanan lawan di belakang,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan semalam.

Kemenangan 3-0 ke atas Myanmar membolehkan skuad kendalian Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe itu mara ke peringkat separuh akhir selaku naib juara kumpulan di belakang juara, Vietnam.

Sementara itu, mengulas mengenai aksi semalam, Muhammad Safawi berkata nilai persefahaman yang tinggi ditampilkan pasukan di atas padang berbanding tiga perlawanan sebelum ini menjadi faktor kejayaan menumpaskan Myanmar.

“Tiga perlawanan sebelum ini pasukan dikritik dan hari ini Alhamdulillah kami bermain dengan baik mungkin kerana sudah semakin serasi. Momentum ini akan diteruskan menjelang aksi separuh akhir,” katanya.

Menanti Malaysia di separuh akhir adalah antara tiga pasukan teratas Kumpulan B iaitu Thailand, Filipina dan Singapura yang akan menamatkan aksi terakhir kumpulan malam ini.

Dalam pada itu, beliau berkata sokongan padu lebih 80,000 penyokong yang turun membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil turut memainkan peranan dalam kejayaan semalam. – BERNAMA

Tags: Piala AFFSafawi Rasid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FIFA Kagum Gol Safawi

FIFA Kagum Gol Safawi

01/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Jaringan Safawi Rasid ketika meledak gol ketiga negara berdepan Kepulauan Solomon terus menarik perhatian dunia, kali ini...

59,000 Tiket Separuh Akhir Piala AFF Licin Terjual

59,000 Tiket Separuh Akhir Piala AFF Licin Terjual

05/01/2023
1

PETALING JAYA – Laris bagai ‘pisang goreng panas’ apabila tiket separuh akhir Malaysia menentang Thailand dalam Piala Persekutuan Bola Sepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd